Serious?!

Cinta memang kejam… Angkara cinta, pelajar tingkatan satu nekad bunuh diri!

Oleh  | 

TULAR baru-baru ini seorang pelajar lelaki tingkatan satu nekad untuk membunuh diri dengan memanjat bumbung sekolah apabila cintanya ditolak oleh seorang pelajar perempuan sekolah yang sama.

Menurut ketua polis daerah Kuala Langat, Supt Azizan Tukiman, pelajar itu berjaya diselamatkan setelah setengah jam dipujuk oleh Anggota Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor. Pelajar tingkatan satu itu mengalami kecederaan kecil di pergelangan tangannya semasa proses menyelamatkannya dijalankan.

Pelajar tersebut sempat menulis sekeping nota sebelum membuat keputusan untuk membunuh diri. Katanya dia terlalu kecewa akibat perempuan yang diminatinya menyukai pelajar lelaki lain. Mengikut laporan portal tempatan, mangsa telah berjumpa dengan pelajar perempuan itu semalam untuk meluahkan perasaan malangnya cintanya ditolak mentah-mentah.

Menerusi sebuah video yang berdurasi 9 saat, pelajar tingkatan satu itu kelihatan sedang berjalan di atas bumbung sambil disaksikan oleh pelajar-pelajar sekolah itu.

Alamak dik, janganlah sebab kena reject sampai nak bunuh diri. Bunga bukan sekuntum. Ramai lagi orang lain yang mempunyai nasib yang sama macam adik lagi teruk daripada tu pun ada tau. Apapun, segelintir netizen turut berkongsi pengalaman mereka menerusi ruangan komen di twitter.

Foto: Twitter

Foto: Twitter

Foto: Twitter

Foto: Twitter

Pesan Dhia kepada adik-adik yang masih bersekolah tu, jangan jadi buta kerana cinta ye. Di sekolah sahaja lah tempat kita nak luangkan masa bersama kawan-kawan dan menuntut ilmu. Cinta ni tolak tepi dulu nanti bila dah besar lagi banyak ranjau durinya. Study first before you love somebody. Kalau diri sendiri pun kita tak sayang inikan pula nak sayang orang lain. Gitchew!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my