DhiaLova

Cintaku bertepuk sebelah tangan. Apa nak buat ni?

Oleh  | 

“Baru kusedari, cintaku bertepuk sebelah tangan,”

Ini antara bait-bait lagu Pupus nyanyian kumpulan daripada negara seberang iaitu Dewa19. Biasalah girls, hidup ni ada pasanga surutnya. Kadang-kadang kita happy dan kadang-kadang sebaliknya. Lagi-lagi bila tahu cinta yang kita curahkan cuma bertepuk sebelah je. Sedihnya!

Chin up girls! Hidup perlu diteruskan walau apa pun terjadi. Sampai bila nak menyendu je kan? Kita kena lakukan sesuatu supaya kita mampu lalui hari-hari kita secara normal. So nak tahu tak apa kena buat lepas tahu cinta korang bertepuk sebelah tangan? Baca ni!

Berhenti salahkan diri sendiri

Tipulah kita tak rasa kecewa dan down bila menerima penolakan daripada orang lain. Pasti kita akan rasa diri kita mempunyai banyak kekurangan sehingga kita kena reject. Tanpa sedar kita akan berterusan menyalahkan diri sendiri dan mencari kekurangan diri kita. Bila difikirkan semula, sampai bila kita nak rasa macam tu kan? Korang kena segera keluar daripada perasaan ini  dan move on. Mungkin dengan berhenti meyalahkan diri sendiri akan buat korang lebih bahagia.

Ini waktu yang sesuai untuk kita menghargai orang sekeliling

 

Kena reject bukan bermakna hidup korang dah  berakhir girls! Bila difikirkan semula dari sudut positif, ini merupakan masa untuk kita meluangkan masa bersama orang-orang di sekeliling korang. Habiskan waktu dengan hang out bersama kawan atau luangkan masa bersama keluarga tercinta. Dengan ini korang boleh tahu yang bahawa ramai je lagi orang masih sayangkan kita.

Berhenti merayu dan berharap! Know your worth

Bila kita dah terlalu cintakan seseorang, kita pun tak sedar yang kita terlalu mengejar mereka sampai sanggup lakukan apa sahaja. Tetapi korang kena ingat, kita masih mempunyai harga diri. Jangan sampai korbankan harga diri hanya untuk mengejar lelaki. Kena ubah tau sikap ni.

Mana tahu bila korang berhenti mengejar si dia akan datang semula

Walaupun kedengaran agak mustahil tapi kita tak tahu apa yang bakal berlaku pada masa akan datang kan. Bila korang dah pergi daripada hidup si dia, mungkin dia akan mula rasa kehilangan dan akan cari korang semula. Lepastu korang boleh decide sama ada nak teruskan ataupun sebaliknya. Pilihan di tangan korang!

So macam mana? dah ready ke belum nak move on?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my