DhiaLova

Girls! ‘Cliche’ macam ni pun korang sangkut kan?

Oleh  | 

GIRLS, lelaki ni memang nature dia suka menyakat kita. Macam-macam cara diorang guna untuk dapatkan perhatian kita. Memang kadang tu rasa rimas. Tapi entahlah, ada juga yang cair dengan pick up line macam ni.

Meh sini, sis share sikit antara pick up line yang biasa diorang gunakan. Mungkin ada diantara korang yang pernah kena salah satu daripada ini. Ha, atau korang boleh juga cuba pick up line ini untuk pikat crush korang. Haaa, sangkut ke tak sangkut?

via GIPHY

“BF awak tak marah ke kita mesej ni?”

Alahai! ini memang biasa sangat diguna. Ayat ni biasa orang pakai nak tahu sama ada orang tu dah berpunya ke belum. Kalau kita kata tak ada boyfriend, bolehlah dia masuk ke dalam hati kita ye dak?

“Sorry, tertekan,”

Kalau dia ada nombor kita tapi takut nak buat first move. Apalagi, mulalah dia buat teknik konon tertekan nombor kita. Semua itu saja nak bagi kita mulakan perbualan.

via GIPHY

“Kejap nak pergi mandi, “

“Nak ikut”

Ha yang ini kalau korang rasa sweet, sis tak berapa nak berkenan. Ini macam menunjukkan lelaki itu gatal sangat. Kalau dapat dekat sis, mampus kena block.

“Alamak, salah hantar mesej,”

Ha, teknik ini kawan perempuan sis pernah guna dulu waktu nak pancing pakwe  (sekarang suami) dia. Dia saja hantar mesej ajak keluar makan. Bila lelaki tu dah balas, dia cakap sebenarnya nak mesej kakak dia. Korang yang single tu boleh la cuba.

via GIPHY

“Cinta itu membutakan,”

Ha, yang ini pula versi mengayat dekat laman sosial stranger. Kalau kita upload sikit gambar cantik bersolek pakai baju hijau. Mulalah ada yang komen

“Cantiknya baju kuning tu,” Bila kita tegur warna tu salah. Mulalah dia balas

“Oh betul la orang kata, cinta itu membutakan,” Apo!

“Macam pernah nampak. Macam dalam mimpi saya,”

Ha yang ini kawan sis pernah kena. Bayangkan tiba-tiba datang dekat dia tegur macam itu. Terperanjat la dia. Ala, lelaki tu nak cakap dia buat istikharah nampak kita la tu.

via GIPHY

“Kalau you dengan I, I akan sayang you 0174332647 kali ganda.

Alrite, ini memang paling win. Boleh pula dia bagi nombor telefon terselit dekat situ. Sis selalu juga nampak orang guna benda ni dekat Twitter.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my