Dhiaventure

‘Clueless’ nak cari makanan halal dan sedap dekat Adelaide? Meh sis tolong!

Oleh  | 

KALAU mengembara dekat negara orang lain, antara benda yang kita fikirkan ialah tempat makan yang best dan halal. Mana syok berjalan sambil perut kosong. Nanti tak ada mood nak ootd, shopping dan belajar tentang seni bina serta sejarah negara yang kita kunjungi. Lagipun, tak kan setiap hari nak makan mee segera pula, kan? No way!

Kalau korang ke Adelaide, Australia, korang tak payah cemas memikirkan mana nak cari tempat makan yang halal dan sedap sampai korang termimpi-mimpi dan mengidam bila balik Malaysia.

via GIPHY

Worry not! Sebab sis dah tolong carikan tempat makan yang sesuai untuk korang pergi makan secara solo, dengan kawan mahupun dengan keluarga. Sis ada pergi beberapa restoran dan kedai, tapi mana-mana kedai yang sis rasa ‘biasa’ saja dekat tekak, sis tak tulis. Jadi, senarai restoran bawah ini memang sis sendiri dah pernah cuba dan memang sedap! Jadi, korang pun kena singgah juga kalau ke Adelaide.

Parwana Afghan Restaurant

Orait restoran ini terletak dekat 124B, Henley Beach RD, Adelaide. Korang Uber sahaja ke sana. Kalau korang nak tahu, sejarah restoran ni pun best juga. Ia dibuka oleh pemiliknya bernama Zelmai dan Farida Ayubi yang berasal dari Afghanistan. Sewaktu perang dingin, beliau berjaya melarikan diri dan berpindah ke Adelaide. Farida sangat pakar memasak beberapa masakan Afghanistan sehingga memberi idea untuk membuka restoran ini.

Kata Zelmai, dia sangat bertuah kerana masih hidup dan membuka restoran ini. Terharu sis. Makanan dia memang sedap terutama terung dia. Macam cheese lembut rasanya. Ada juga beberapa menu yang lain termasuklah nasi. Kedai dia ni pun memang selalu penuh!

BACA: Wafa Sana Sini : Make sure korang pergi 5 kedai ni kalau singgah Adelaide Central Market


Concubine

Baiklah, mari kita pergi pula ke restoran seterusnya di 132 Gouger Street. Kawasan ini juga dikenali sebagai China Town. Parking dekat sini susah sikit tapi ini adalah kawasan yang terkenal terutama untuk pelajar Asia kalau nak cari makanan yang murah dan sedap. Jadi, sis pergi ke sebuah restoran yang sesuai untuk keluarga dan kawan iaitu Concubine. Selain dari waiter diorang yang kacak, makanan dia pun memang sedap sampai termimpi-mimpi! Sumpah tak tipu. Korang kena rasa ni. Dalam dia ada nasi diselaputi dengan tepung serta udang.

Ni pun sedap! Macam kari dekat mamak!

Arya Indian Cuisine

Teletak dekat area O’Connel Street, North Adelaide, makanan India dekat sini sumpah terbaik. Ia pernah memenangi dan tercalon dalam pelbagai anugerah makanan dekat Australia. Restoran ini pernah tercalon dalam Advertiser Food Awards juga. Bukan calang-calang! Yang ni sis tak payah cerita banyak. Korang tengok gambar pun dah tahu sedap gila!

Warong

Kalau korang dah rindu sangat makanan Malaysia tapi malas nak pergi area China Town. Korang boleh je jalan dengan pusat beli belah terbesar dekat Adelaide iaitu 77 Rundle Mall. Dalam Mall tu dekat tingkat bawah ada stall nama dia Warong  dekat food court. Warong jual makanan Malaysia, Indonesia. Siap ada nasi campur lagi weh. Bolehlah lepas rindu.

Alrite, ini adalah antara kedai yang korang boleh try kalau ke Adelaide. sangat sesuai kalau nak bawa kekasih hati sekalipun. Tak ada hal. Kalau nak jadikan tempat nak berbula  madu pun okay. Lagipun memang ramai rakyat Malaysia dekat sana. Makan pun senang nak cari. Semoga sis dapat membantu korang semasa mengembara. Selamat mencuba.

BACA: Wafa Sana Sini : Travel last minute, Pulau Kapas kan ada!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my