Serious?!

Comelnya anak kedua Syamsul Yusof dan Puteri Sarah

Oleh  | 

MASIH belum terlambat lagi untuk ucapkan tahniah kepada pengarah dan pelakon berkaliber negara kita, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana atas kelahiran anak keduanya pada 16 Mac lalu. Berita ini dikongsi oleh Syamsul sendiri menerusi laman Instagramnya.

Bayi comel yang diberi nama Sumayyah binti Mohd Syamsul itu dilahirkan pada pukul 3.30 petang dan mempunyai berat 3 kilogram. Syamsul bagaimanapun mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas ucapan-ucapan tahniah yang diterimanya daripada keluarga dan rakan-rakan.

Foto: Instagram Syamsul Yusof

Comel betul Sumayyah ni. Rasa-rasanya ikut muka ibunya atau ayahnya ye? Tidak seperti segelintir artis yang lain, Syamsul terus mendedahkan wajah anak keduanyanya itu selepas selamat dilahirkan.

Foto: Instagram Puteri Sarah

Foto: Instagram Puteri Sarah

Syamsul dan Puteri Sarah Liyana melangsungkan perkahwinan pada tahun 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki Syaikhul Islam yang berumur 3 tahun. Lengkapkah keluarga ini apabila lahirnya anak perempuan pula.

Foto: Instagram Syamsul Yusof

Tahniah dari team Dhia atas kelahiran anak kedua Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my