Be-You-Ty

‘Conditioner’ rambut dah habis? Mayonis kan ada. Ehh?

Oleh  | 

KITA sering dihidangkan dengan pelbagai jenis tips dan cara-cara untuk tampil cantik di laman sesawang. Namun tidak semua tips yang diberikan bersesuaian dengan keadaan kita kan? Sebenarnya Dhia ada beberapa beauty hacks yang ingin dikongsikan kepada korang. Siapa sangka, benda-benda yang sering kita pakai setiap hari boleh kita gunakan untuk kecantikan tau!

Gunakan baby powder untuk dapatkan effect fake eyelash

12 Strange Tips That Can Actually Help You Become More Beautiful

Foto: Brightside

Haa, mesti korang tak sangka kan? Sebenarnya baby powder boleh membantu untuk mendapatkan effect eyelash yang wow gitu. Caranya mudah sahaja. Pakaikan maskara seperti biasa. Selepas itu, sapukan baby powder pada bulu mata korang dengan menggunakan cotton bud. Lepas tu layer semula bulu mata korang dengan maskara. Mesti hasilnya tiptop!

Gunakan gincu merah untuk menutup dark circle

Image result for red lipstick as a concealer

Foto: Yahoo

Sebenarnya, gincu berwarna merah boleh menggantikan concealer tau. Untuk mereka yang menghadapi masalah dark circle dan tidak mempunyai concealer, korang boleh gantikan gincu sebelum memulakan solekan. Apply gincu dibahagian mata dan kesannya sama sahaja seperti memakai concealer.

Gunakan pensel warna sebagai eyeliner

12 Strange Tips That Can Actually Help You Become More Beautiful

Foto: Brightside

Korang kena tahu, sebenarnya ada inisiatif lain untuk menggantikan eyeliner warna tau. Pensil warna boleh menggantikan eyeliner dan kesannya sama sahaja! Sebelum menggunakan pensel warna sebagai eyeliner, rendamkan pensel warna ke dalam air panas selama 10 minit. Lepas tu boleh lah lukis wing di kelopak mata korang!

Gunakan lip balm untuk menggantikan highlighter! 

Image result for lipbalm as a highlighter

Foto: Cosmogirl

Jangan bimbang sekiranya highlighter korang kehabisan semasa bersolek. Lip balm mempunyai fungsi yang sama untuk menggantikan highlighter tau. Oleh kerana sifatnya yang berminyak dan melekit, lip balm boleh digunakan sekiranya korang tidak mempunyai highlighter pada ketika itu dan kesannya juga sama sahaja seperti memakai highlighter. Haaa, terkejut kan?

Gunakan ubi kentang untuk memutihkan ketiak

12 Strange Tips That Can Actually Help You Become More Beautiful

Foto: Brightside

Mempunyai ketiak yang gelap sering menjadi permasalahan untuk setiap wanita. Selepas ini say no more! Korang boleh gunakan ubi kentang untuk mencerahan semula ketiak korang yang gelap tu tau. Hiriskan ubi kentang dengan nipis dan gosokkan pada ketiak korang tiga kali dalam seminggu. Jika korang lakukan ini secara konsisten, confirm hasilnya juga memuaskan hati!

Gunakan mayonis untuk gantikan hair conditioner. Apaaaa?

12 Strange Tips That Can Actually Help You Become More Beautiful

Foto: Brightside

Ini beauty hacks yang paling Dhia terkejut tetapi ramai yang mengakui keberhasilannya. Tau tak sebenarnya kita boleh menggantikan hair conditioner dengan menggunakan mayonis? Dengar macam pelik kan tapi nanti dulu, ada yang dah try ye sis.

Aktress Hollywood, Blake Lively menggunakan mayonis sebagai hair conditioner setiap hari untuk memastikan rambutnya sentiasa terurus dan bersinar. Tetapi bagi sesiapa yang ingin mengikut tips ini, korang disarankan untuk menggunakan homemade mayonis kerana mayonis yang berada di pasaran berkemungkinan mengandungi chemical yang tidak bagus untuk rambut.

Tak susah pun nak jadi cantik sis. Lebih-lebih lagi sekarang ni banyak tips beauty hacks yang telah dikongsikan untuk memudahkan kita melakukan semua perkara ini di rumah. Tinggal nak beri effort sahaja untuk lakukan perkara ini. So selamat mencuba dan semoga berjaya ye!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my