Serious?!

COVID-19: Bekalan mencukupi. Ini antara barang yang perlu ada di rumah

Oleh  | 

BANYAK negara yang kita lihat sudah pun mula melaksanakan perintah berkurung. Kini, tiba masa rakyat Malaysia untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri kita iaitu Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin.

Seperti yang telah diumumkan, bahawa bekalan bahan-bahan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk topeng muka adalah mencukupi. Jadi korang tak perlu risau untuk mendapatkan bekalan.

Sis nak kongsikan apa yang korang boleh lakukan sebagai penyediaan awal sekiranya apa-apa berlaku.

Beras

Ini adalah bagi bertujuan untuk korang berjimat. Jadi pastikan korang mendapat bekalan beras yang secukupnya!

via GIPHY

Makanan Beku

Makanan beku bukan sahaja fokus kepada ikan, daging atau makanan laut. Malah, sayur seperti kobis juga merupakan makanan yang sesuai untuk beku.

via GIPHY

Pasta

Pasta yang mentah merupakan makanan yang sangat tahan lama malah senang untuk dimasak.

via GIPHY

Makanan dalam tin

Korang boleh jadikan makanan dalam tin ini sebagai makanan back-up jika kekurangan bekal nanti. Ini adalah kerana makanan bertin bersifat lebih tahan lama berbanding makanan yang lain.

via GIPHY

Korang boleh jadikan senarai di bawah ini sebagai check-list okay.

  • Tepung
  • Beras
  • Buah-buahan yang tahan lama (limau, tembikai dan sebagainya)
  • Minyak  Masak
  • Pad/pantyliner
  • Mee Segera
  • Tisu
  • Bahan Masakan (gas memasak, gula, garam, bawang dan sebagainya)
  • Makanan Kering
  • Barangan Mandi
  • Ubat-ubatan
  • Makanan Tambahan (segala jenis vitamin yang korang perlukan)
  • Air Mineral
  • Hand Sanitizer
  • Lilin
  • Bateri
  • Barangan Kanak-kanak (jika berkeluarga)
  • Barangan Keperluan Haiwan Peliharaan
  • Topeng Muka
  • Plastik Sampah
  • Penyembur Serangga

Ingat, hadkan pergerakan korang dan laksanakan tanggungjawab kita bersama bagi mencegah COVID-19 ini.

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my