Serious?!

COVID-19 : Jangan panik, tak perlu pakai topeng muka jika sihat

Oleh  | 

HINGGA kini, bekalan topeng muka di Lembah Klang kehabisan stok dipercayai akibat pembelian panik oleh orang ramai akibat penularan COVID-19.

Tak salah untuk mengambil langkah berjaga-jaga, akan tetapi wajarkah tindakan korang untuk memborong barangan tersebut dalam kuantiti yang berlebihan sehinggakan ada individu yang lain tidak berpeluang untuk memilikinya?

Harus diingati bukan kita sahaja yang perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Ada lagi ramai yang memerlukan. Terutamanya pekerja kesihatan amat memerluka pada saat-saat ini.

Sumber: Berita Harian

Menurut sumber, tidak ada keperluan bagi individu yang sihat untuk memakai topeng muka di tempat awam. Sebaliknya penggunaan alat perlindungan digunakan oleh individu yang sakit.

Menurut seorang Pakar Penyakit Berjangkit, Datuk Dr Christopher Lee menyatakan setiap individu  harus memainkan peranan dengan membantu mengekalkan bekalan topeng itu untuk kegunaan para pekerja kesihatan dan hanya beli jika perlu sahaja.

Sumber: The Star

Kaedah terbaik yang korang boleh amalkan adalah membuat penjarakan sosial di tempat awam sekurang-kurangnya satu meter dari individu lain termasuk ketika beratur. Ia merupakan kaedah kesihatan awam untuk mengurangkan kadar penularan sesuatu wabak.

Selain menjarakan diri, penjagaan kebersihan tangan juga penting kerana ia disifatkan lebih baik selain cecair pembasmi kuman.

Sumber:Berita Harian

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my