Serious?!

COVID-19: Keluar ke perkarangan rumah juga tidak dibenarkan

Oleh  | 

TEMPAT dimana penularan wabak coronavirus bermula  iaitu Bandar Baharu Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Johor kini wajib patuh akan perintah arahan dimana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD.

Situasi perit ini diumpamakan zaman perang kerana dalam tempoh PKPD penduduk kampung ini tidak dibenarkan  untuk keluar rumah malah, sebarang pergerakkan termasuk pembukaan kedai juga tidak dibenarkan beroperasi.

Di samping itu, Setiausaha Majlis Penguruan Komuniti Kampung tersebut yang bernama Najmuddin Dimyati menyatakan setelah Perintah Kawalan Pergerakan diperketatkan, mereka kini perlu bergantung sepenuhnya bantuan makanan dan keperluan harian yang dihantar oleh pihak berwajib seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Menurut Najmuddin, penduduk kampung tetap patuh akan semua arahan pihak berkuasa untuk memastikan penularan wabak COVID-19 tidak berterusan di kampung tersebut.

 Selain dari itu, penduduk kampung itu juga menyatakan perasaan yang sukar dihadapinya akan perintah itu namun kepatuhan adalah sangat tinggi.

Dalam pada masa yang sama,semua arahan akan diberikan seperti meminta semua penduduk kampung menjalani ujian saringan dipatuhi dengan baik.

Petugas kesihatan telah pun berkunjung rumah ke rumah untuk mengenal pasti mereka yang mempunyai gejala dan penduduk telah diarahkan supaya hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ibrahim Majid sebagai pusat pemeriksaan kesihatan penduduk.

Selain dari itu, penduduk kampung juga akan disaringkan lagi sekali untuk diambil sebagai sampel dan pemeriksaan pertama cecair dari hidung dan mulut di ambil dan sampel darah diambil dari saringan kedua diamana ia akan menentukan sama ada positif atau negatif.

Petugas JKM serta agensi lain menghantar makanan setiap hari dan sama juga seperti bekalan keperluan yang lain seperti lampin bayi pakai buang dan sebagainya.

Penduduk kampung memang tidak dibenarkan keluar walaupun di perkarangan rumah sendiri.

Sumber:Berita Harian

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my