Serious?!

COVID 19: Kes di Malaysia kini meningkat ke 36!

Oleh  | 

TUJUH kes baru Coronavirus dicatatkan dan jumlah yang meningkat pada waktu ini adalah sebanyak 36 kes. Mengikut sumber, peningkatkan kes tersebut adalah berpunca daripada close-contact dengan seorang pesakit Malaysia.

Dalam ketujuh-tujuh kes yang baru dikesan itu, salah seorang yang terjangkit merupakan paramedik yang memberikan rawatan kepada pesakit coronavirus.
Mengikut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kes coronavirus yang ke 34 adalah merupakan seorang paramedik yang memberikan rawatan kepada pesakit yang ke 26.
Tambahannya lagi, paramedik tersebut tidak mempunyai sebarang rekod ke luar negara dan disahkan positif pada 3 March. Kini, lelaki tersebut sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Foto:TheStar

Manakala, kes yang ke 30 dan 35 merupakan pesakit yang pernah ke Australia sebelum ini dan kes yang ke 33 pula menghadiri sebuah mesyuarat pada 16 Februari di Kuching,Sarawak.

via GIPHY

Di samping itu, pesakit 31 dan 32 tidak mempunyai sebarang rekod perjalanan ke luar negara. Setakat ini, semua pesakit sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur.

Kementerian Kesihatan sentiasa memberikan perhatian yang penuh akan penyebaran Coronavirus dan peningkatan kes baharu. Kesemua pesakit dikatakan berada dalam keadaan stabil.

 

Sumber:TheStar

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my