Serious?!

COVID-19: Malaysia kini catat dua kematian

Oleh  | 

TERKINI Malaysia telah mencatat dua kematian akibat COVID-18. Mangsa kedua yang terkorban adalah salah seorang daripada perjumpaan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling.

Lelaki tersebut yang berumur 34 tahun merupakan kes yang ke 178 dan merupakan seorang warganegara Malaysia.

TERKINI | Malaysia catat kematian kedua akibat COVID-19.

Kementerian Kesihatan juga turut mengesahan berita tersebut dalam satu kenyataan akhbar. KKM juga turut mengumumkan 7 kes telah sembuh dan menjadikan sebanyak 49 kes yang telah sembuh daripada COVID-19.

Pada hari ini sebanyak 120 kes baharu telah direkodkan menjadikan kes COVID-19 di Malaysia berjumlah 673 kes. Sebanyak 93 kes yang positif adalah daripada kluster perjumpaan tabligh Masjid Jamek Sri Petaling.

via GIPHY

Sehingga kini 12 kes positif sedang berada dalam rawatan ICU atau Unit Rawatan Rapi dengan memerlukan bantuan pernafasan.

Mangsa kedua mengalami gejala demam pada 5 Mac 2020 dan mendapat rawatan di Hospital Permai, Johor Bharu pada 12 Mac 2020 dan keadaan mangsa didapati semakin merosot.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada 17 Mac 2020.

Sumber:BuletinTV3

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my