Serious?!

COVID-19: Mangsa pertama terkorban di Malaysia

Oleh  | 

SETELAH beberapa bulan negara kita diserang Coronavirus, akhirnya seorang mangsa terkorban akibat Coronavirus.

Mangsa yang terkorban adalah seorang paderi yang berusia 60 tahun daripada gereja Emmanuel Baptist di Kuching, Sarawak pada 11 pagi. Mangsa menghembuskan nafas terakhir di General Hospital Sarawak menjadikan kes kematian Covid-19 yang pertama di Malaysia.

Walaubagaimanapun, Bahagian Kesihatan Negeri itu masih lagi dalam penyiasatan mengesan dari mana punca mangsa terjangkit dengan virus itu.

Di samping itu, dalam 193 orang lagi yang berada dalam kontak rapat sedang berada dalam kuarantin proses di rumah masing-masing.

Dalam masa yang sama, Sarawak mencatat 11 kes COVID-19 baharu di mana 6 daripadanya dari Kuching, 3 daripada Limbang, 1 dari Beting dan 1 dari Lawas.

via GIPHY

Kesemua kes baharu itu sedang dirawat di 3 buah hospital berbeza iaitu Sarawak General Hospital, Sibu Hospital dan Miri Hospital.

Manakala lebih kurang 35 individu berada dalam pengawasan PUI (Person-Undergoing-Investigation) dan 204 lagi masih menunggu keputusan.

Sis harap kita semua akan terus berhati-hati dan sentiasa menjaga kebersihan diri. Pastikan korang semua mengikuti peraturan Kawalan Pergerakan dan jangan sesekali ambil remeh!

Sumber:BuletinTV3

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my