Serious?!

Keadaan tidak terkawal, arahan mengisi borang ditarik balik

Oleh  | 

SEMALAM, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan orang ramai yang mahu membuat perjalanan keluar dari negeri harus dimaklumkan kepada polis sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Namun disebabkan orang ramai berpusu-pusu ke balai polis menyebabkan kesesakan luar biasa.

Ketua Polis Negara menarik balik arahan perintah larangan keluar dari satu negeri ke negeri lain susulan dari keadaan tidak terkawal.

Jadi, tiada sebarang sekatan akan dikenakan untuk korang sehingga satu keputusan baru bakal diumumkan.

“Arahan untuk mengisi borang ditarik balik buat sementara waktu dan orang ramai diminta menunggu arahan baru yang akan dikeluarkan dalam sehari dua ini. Orang ramai boleh buat pergerakan yang perlu tanpa mengisi borang sehingga pengumuman lanjut dibuat.”

 

Ramai yang panik

Beberapa foto dikongsi di media sosial telah menimbulkan kebimbangan orang ramai apabila sudah diberi amaran agar tidak menghadiri sebarang aktviti melibatkan orang ramai. Namun, malam tadi menyaksikan ramai yang berkumpul di balai polis semata-mata untuk mendapatkan kebenaran pulang ke kampung. Sudah ditegaskan sebelum ini, bahawa kebenaran pulang ke kampung adalah kerana perkara penting tidak dapat dielakkan.

Sumber: Oh Bulan

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my