Serious?!

COVID-19:Ingkar arahan! 30 ditahan buat private party

Oleh  | 

BARU-BARU ini pihak polis menahan lebih kurang 30 individu dan termasuk dua remaja yang masih bawah umur selepas dipercayai mengadakan sebuah ‘private party’ di Johor Bahru.

Asisten Komisioner Shahurinain Jais menyatakan serbuan itu menerusi Ops Private Party yang telah dijalankan lebih kurang jam 8:30 sehingga 11:30 malam.

Individu yang bertahan adalah berusia diantara 15 sehingga 26 tahun dan serbuan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Johor Bahru Selatan di tiga kediaman itu turut menahan semaja lelaki yang berusia 17 tahun dan remaja perempuan 15 tahun.

Dalam pada masa yang sama, 20 lelaki dan 10 wanita ditahan dengan saringan ujian air kecing dijalankan. Terdapat 10 individu yang disahkan positif dadah jenis methamphetamine dan 7 lagi individu positif jenis dadah ketamine.

Hasil daripada serbuan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a), Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 7 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Foto:Berita Harian

Pihak berkuasa juga menyatakan tiga remaja perempuan termasuk adik-beradik yang berusia 15 sehingga 20 tahun itu ketika menjalani Sekatan Jalan Raya atau SJR pada 7:30 malam tadi.

Sumber:Berita Harian

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my