Serious?!

COVID-19:Jangan ambil mudah arahan PKP, pencuri mangga dipenjara!

Oleh  | 

MAHKAMAH Majistret di Kangar hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan keatas dua orang lelaki selepas ditangkap dan didakwa bersalah kerana mencuri mangga harumanis ketika Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan.

Tertuduh yang bernama Saiful Hizam Abdul Latif dan Noor Shabuddin Saidin membuat pengakuan selepas dibacakan jurubahasa di Majistret Kamaliza Md Zain.

18 mangga harumanis dicuri dari sebuah kebun milik pengusaha Kampung Cikgu Ali di Arau dah keduanya telah didakwa dibawah seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seskyen 34 Kanun keseksaan yang membolehkan hukuman maksimum penjara tujuh tahun serta denda.

Dalam pada masa yang sama, mereka telah didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) dimana peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit di mana ia di dalam kawalan tempatan jangkitan 2020 yang boleh dikenakan denda RM 1000 dan penjara tidak lebih enam bulan atau keduanya sekali.

Kedua tertuduh diwakili seorang peguam yang bernama Zuhair Ahmad Zakuan meminta mahkamah menjatuhkan hukuman minimum kerana mempunyai tanggungan istero dan seorang anak dan kedua-duanya adlaah penganggur.

Akhir sekali, mereka dijatuhkan hukuman penjara sebulan terhadap kedua-duanya bagi tuduhan mencuri dan dua bulan penjara bagi kesalahan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakkan dan berjalan serentak.

Sumber:Berita Harian

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my