Serious?!

COVID-19:Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Lanjut sehingga 14 April

Oleh  | 

TEMPOH Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan sehingga 14 April. Perkara itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini.

Hal ini adalah bagi bertujuan untuk mengawal dan membendung penularan wabak COVID-19 secara menyeluruh agar kes berkaitan dapat dikurangkan.

Selain dari itu,beliau juga menjelaskan tempoh pelanjutan itu diumumkan awal supaya rakyat akan lebih bersedia. Di samping itu, bagi mereka yang telah pulang ke kampung diarahkan supaya tidak pulang ke ibu kota.

Foto:FreeMalaysiaToday

Tambahan lagi, bagi pelajar sekolah berasrama atau para pelajar, tidak perlu pulang ke asrama buat masa ini dan dinasihatkan untuk kekal berada disatu tempat.

Akhir sekali, pejabat-pejabat juga terus diarahkkan tutup dan tidak beroperasi dan segala urusan yang perlu dilakukan hendaklah dirancang dimasa sekarang.

Pihak berkuasa seperti Polis dan juga Tentera telah dikerah untuk mengambil tindakan yang tegas bagi mereka yang melanggar peraturan dan mengawal keadaan ini.

Foto:Berita Harian

Hal ini bermaksud, tempat-tempat awam akan ditutup dan bagi individu yang ingkar akan arahan Perintah Kawalan Pergerakan akan ditahan.

Jadi kepada semua rakyat Malaysia, demi membendung penularan wabak merbahaya ini adalah lebih baik untuk kota semua kekal berada dirumah.

Sentiasalah menjaga kebersihan diri dan jangan mengambil remeh akan Perintah Kawalan Pergerakan ini okay?

 

Sumber:Berita Harian

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my