Serious?!

COVID-19:Ubat Paracetamol lebih sesuai untuk mereka yang bersimptom

Oleh  | 

KEPADA individu yang mempunyai ciri-ciri atau tanda virus COVID-19 adalah disarankan untuk mengambil paracetamol selain dari mengambil ibuprofen iaitu ubat anti radang.

Hal ini adalah disebabkan pengambilan paracetamol dikatakan mempunyai keupayaan unruk mengurangkan demam kepada individu yang mempunyai tanda gejala COVID-19.

Dalam pada masa yang sama, Menteri Kesihatan Perancis, Olivier Veran dalam kenyataannya menyatakan pengambilan ubat anti radang berkemungkinan menjadi faktor memburukkan lagi kesan jangkitan virus tersebut.

Menteri Kesihatan negara Perancis itu turut menegaskan supaya pesakit yang dirawat menggunakan ubat anti-radang perlu mendapatkan nasihat doktor.

Beliau yang merupakan bekas doktor juga menyatakan pengambilan ubat anti radang seperti ibuprofen dan cortisone akan membolehkan menjadi faktor yang memudaratkan jangkitan COVID-19.

Beliau juga menasihatkan mengambil paracetamol jika badan mengalami demam dan justeru itu, Kerajaan Perancis memberi amaran kepada orang ramai berkenaan penggunaan ubat anti radang secara meluas.

Tambahan pula, pegawai kesihatab Perancis yakin bahawa ibuprofen mampu mengurangkan tindak balas imunisasi pesakit dalam melawan demam.

Foto:Unsplash

Selain itu, kumpulan pegawai tersebut juga mengesyorkan pesakit supaya merawat diri sendiri menggunakan ubat yang dicadangkan tadi.

Di samping itu, paracetamol juga dipercayai mampu mengurangkan demam tanpa memberikan tindak balas kepada radang dan Profesor Madya Louis Irving dari Hospital Royal Melbourne juga menjelaskan ubat anti radang adalah bukan steroid (NSAIDs) seperti ibuprofen.

Sumber:Berita Harian

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my