Serious?!

COVID19: Doktor tumbang akibat keletihan merawat pesakit

Oleh  | 

TUMBANG akibat terlalu letih merawat tanpa rehat. Begitulah letihnya pekerja kesihatan yang berada di South Korea pada waktu ini.

Menurut pegawai pihak berkuasa, seorang doktor yang bekerja di sebuah pusat berubatan di Keimyung University tumbang akibat setelah terlalu letih.

Apa yang menakjubkan, selepas beliau kembali sedar, doktor tersebut kembali menjalankan tugasnya seperti biasa. Pihak berkuasa tersebut juga menyatakan mereka sangat memerlukan pekerja kesihatan disana pada ketika ini bagi membantu merawat dan mengawal situasi coronavirus di bandar tersebut.

Foto:www.telegraph.co.uk

Setakat ini, kes coronavirus meningkat di South Korea melebihi 4,800 satu malam sejurus menyebabkan berlakunya kekurangan kakitangan serta kemudahan untuk menangani kes virus tersebut.

Bukan itu sahaja, banyak kakitangan sudah mula tumbang akibat terlalu letih berkerja tanpa mendapatkan rehat yang cukup.

Tambahan pula, pesakit-pesakit terpaksa menunggu untuk mendapatkan ruangan katil di hospital di bandar Daegu dan lebih kurang 1,600 individu yang sedang dikuarantinkan di rumah mereka sendiri. Sekurang-kurangnya empat orang mati ketika sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan.

Foto:nationalinterest.org

Manakala, 16 belas  daripada 100 jururawat di Pusat Perubatan Pohang di North Gyeongsang Province meletakkan jawatan atas alahan mahu menjaga keluarga masing-masing dan terlalu banyak bekerja.

Kerajaan mereka menggantikan 15 jururawat dan menjanjikan lebih pekerja perubatan, pekerja sokongan dan juga sukarelawan bagi membantu menangani situasi berkenaan.

Menurut sumber, kenaikkan gaji di umumkan kepada mereka dan doktor dikatakan menerima bayaran lebih £361 dalam sehari dan jururawat menerima kenaikkan gaji £197 sehari.

Sumber:www.telegraph.co.uk

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my