Serious?!

Creepy! Bilik korang mungkin ada kamera tersembunyi. Ini cara nak kesan

Oleh  | 

PENGGUNAAN kamera boleh mendatangkan bahaya kepada seseorang jika disalah guna. Dah banyak kes yang terjadi yang menunjukkan adanya kamera tersembunyi.

Ini boleh dikira sebagai menggangu privacy tau! Ish baru terfikir pun dah rasa tak selesa. Korang bayangkan kes yang jadi betul-betul tu. Kesian tau tiba-tiba je video korang up dekat social media.

Kamera litar tertutup atau cctv sepatutnya digunakkan untuk membantu menyelesaikan kes jenayah atau incident yang tidak dijangka. Of course lah untuk menjadikan bahan bukti. Tapi ada juga manusia yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kamera di tempat yang tidak sepatutnya.

Kenalpasti tempat yang sering dirakam

Kebiasaanya  kamera yang digunakan sekecil sebatang pen. Walaupun sama saiz dengan pen, masih lagi mudah untuk melihat lens camera tersebut. Kawasan yang sering menjadi tumpuan adalah seperti di bilik tidur dan juga bilik air. Pastikan korang periksa dekat some detector, jam dinding dan kawasan sekitar yang agak sempit.

Hiasan pelik? Double check!

Jika bilik yang korang tengah duduk tu korang perasan ada hiasan yang agak mencurigakan, lebih baik korang check dan pastikan ia bebas daripada kamera yang tersembunyi. Seringkali yang menjadi tempat rakaman adalah cermin, bingkai gambar dan penyangkut baju.

Gunakan kegelapan

Kalau korang baru nak masuk bilik, korang cuba check dengan memadam lampu dan perhatikan jika ada lampu merah atau hijau yang berkelip. Kalau ada, pastikan korang buang!

Gunakan smartphone

Handphone korang kalau yang ada camera depan tu, boleh guna untuk kesan lampu infra-merah dan boleh cuba untuk uji dan korang  halakan kamera hadapan telefon bimbit dengan mengacukan alat kawalan jauh televisyen korang ke kamera telefon.

Jika kamera hadapan korang dapat kesan lampu infrared tu, ini bermakna kamera tersebut boleh mengesan kamera yang tersembunyi. Pusingkan kamera tu ke hadapan telefon bimbit ke sekliling bilik bagi memeriksa sama ada bilik tu ada camera tersembunyi atau tak. Tekan any button dekat remote control tu dan perhatikan if ada flash atau tak dekat lampu remote control tu.

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my