D-Life

Cuak! Elak ‘awkward moment’ jumpa bakal mertua dengan…

Oleh  | 

ANAK dia kita dah berjaya tackle, tapi mak dengan ayah dia kita tak sure lagi. Berdebar jantung ni berdegup rasa nak terkeluar dari badan memikirkan pertemuan bersama-sama keluarga si dia buat pertama kali. Tapi ini adalah fasa yang perlu dilalui oleh semua orang untuk melangkah ke alam perkahwinan. Ready atau tak, kena redah juga!

Ni ada beberapa tip yang sis boleh payung agar pertemuan korang itu lebih lancar. Yelah, first impression adalah kunci segala-galanya. Kalau pertemuan pertama mak si dia dah suka kita, InsyaAllah bukan depan kita dah boleh kahwin. Eh?

Jangan datang tangan kosong

via GIPHY

Kali pertama jumpa, bawalah sikit buah tangan. Jangan datang dengan tangan kosong. Bawalah sikit buah-buahan atau makanan untuk di makan bersama. Kalau korang datang waktu makan malam, bawalah lauk sikit supaya lebih meriah meja makan bakal mertua korang. Lagi best kalau korang masak sendiri. Ha! boleh dia rasa air tangan korang sekali.

Pakai sopan

via GIPHY

Walaupun korang jenis yang main bedal je pakai apa dekat luar. Tapi untuk pertemuan pertama kali dengan bakal mertua, eloklah kalau korang pilih pakaian yang sopan. Sejuk dan tenang mata memandang. Bukan apa. Kalau korang pakai seksi, silap-silap haribulan bakal bapa mertua korang pula yang tak boleh tidur malam.

Tackle budak

via GIPHY

Okey ini satu lagi trick. Kalau ada adik-beradik kekasih korang yang masih budak. Korang ambil hati dia. Bermain dengan dia. Ia akan menunjukkan ciri penyayang dalam diri korang. Nampaklah sifat keibuan yang sudah lama tersimpan. Gitu!

Tolong-tolong sikit

via GIPHY

Ringankan bontot korang untuk ke dapur dan tanya ada tak benda yang boleh ditolong. Walaupun cuma bawa pinggan ke meja depan atau buatkan air. Alaaa, benda simple je. Nanti mesti bakal mertua korang terus cop korang sebagai gadis Melayu terakhir.

Puji -pujian

via GIPHY

Ha, ringankan sikit mulut korang tu puji masakkan dia, Siapa yang tak suka kalau masakkannya dipuji. Nanti mesti dia akan cakap bahan-bahan yang diguna untuk masa. Korang pun dapat satu lagi point dekat situ sebab dia akan anggap korang rajin ke dapur.

Album gambar

via GIPHY

Kalau tiba-tiba kekasih korang tinggalkan korang duduk berdua dengan mak dia. Jangan gabra. Bual cool saja dan cuba cari apa-apa perkara yang boleh disembangkan. Kalau ada frame gambar, mungkin korang boleh berpura-pura bertanya tentang gambar tersebut.

Ha! itulah dia cara-cara nak pikat bakal mak mertua. Apapun, kita hanya boleh buat yang terbaik. Kalau ada jodoh, InsyaAllah semuanya dpermudahkan. Ingat, jadilah diri sendiri dan biarkan semuanya berjalan dengan sangat natural. Kalau malam nak jumpa mak mertua tu korang masih lagi berdebar. Sumbat telinga korang dengan earphone dan layan lagu-lagu ini untuk tenangkan fikiran.

All the best!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my