Kolaborasi

Cun meletup luar dalam hanya dengan soya

Oleh  | 

KALAU nak sembang tentang soya, memang banyak sangat mitosnya. Ada yang cakap kalau minum soya waktu mengandung, anak akan putih. Ada juga yang cakap, kalau banyak sangat minum soya akan dapat barah.

Hello, hello, hello! Ini Dhia nak ingatkan semua agar tidak mudah termakan dengan mitos itu semua. Ada banyak sebenarnya kebaikan soya yang jauh lebih besar dan tidak dibincangkan.

Maklumat ini pun berguna kepada mereka yang alergi kepada susu. Nak tahu kenapa? Make sure korang baca sampai habis.

Kurus nak kurus!

Ha, kalau korang asyik jealous dengan bentuk badan kawan-kawan yang ramping. Apa kata korang plan diet untuk pastikan korang mendapat berat badan yang seimbang. Kalau korang nak tahu, soya sebenarnya sangat bagus untuk menggantikan sumber protein dalam badan kita.

Mungkin ada kenalan korang yang alergik susu lembu sehingga membuatkan mereka muntah-muntah dan cirit birit. Jangan risau, sebab susu soya mengandungi gula semula jadi yang boleh memberi khasiat serupa.

Omo glowing!

Semua gadis dalam dunia ini nak kulit yang cantik dan berseri. Sebab itu ramai sangat yang pakai macam-macam produk untuk mencerahkan kulit. Kadang-kadang itu, sampai ada yang sanggup membahayakan kesihatan.

Meh sini Dhia nak bagitahu, korang sebenarnya boleh dapatkan kulit yang cerah hanya dengan minum susu soya. Ia juga membantu kurangkan hyperpigmentation yang boleh mengurangkan kegelapan kulit bertompok.

Alah lemahnya!

Kalau korang rasa yang badan asyik lemah. Sebenarnya soya boleh membantu korang untuk meningkatkan imunisasi tubuh. Jadi, badan korang taklah cepat penat lepas ini.

Ini disebabkan soya boleh menjadi suplemen protein yang boleh mengelakkan kolesterol. Ingat tau, perempuan memerlukan 75gm protein setiap hari. Jadi, minumlah soya.

Ha, tak payah nak pening-pening. Semua khasiat ini korang boleh dapat hanya dengan satu tegukan soya Joy Bean. Susu soya ini dah mula trending tau sebab packaging dia meletup dan ada tiga perisa iaitu Black Soy+Charcoal, Original dan Collagen. Paling best, susu soya Joy bean tiada minyak  tambahan langsung. Plus, kandungan kacang soya pulak lebih banyak dan ‘kaw’. Patut lah sedap!

Senang betul nak cantik. Minum sahaja soya. Dah tak payah susah sakitkan diri sendiri nak cucuk sana sini. Orait girls?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my