Serious?!

Cuti tanpa gaji, Ini cara mohon bantuan kewangan RM600

Oleh  | 

“Adakah saya layak untuk menerima bantuan sebanyak RM600 dan bagaimana untuk memohon?”

ADA dikalangan kita yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji akibat penularan COVID-19. Sedikit sebanyak akan mengganggu komitmen bayaran bulanan korang tu.

Seperti yang kita tahu, kerajaan sedia menyalurkan bantuan kewangan kepada pekerja swasta yang mengambil cuti tanpa gaji. Menerusi Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program atau ERP), majikan perlu bertanggungjawab bagi menyalurkan terus bantuan berjumlah RM600 kepada akaun pekerja berkenaan.

Ia akan diberikan dengan kadar rata sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum 6 bulan dan akan diberikan kepada pekerja dan majikan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja.

Antara syarat kelayakan untuk mendapat bantuan:

  1. Pekerja diberi notis cuti sementara tanpa gaji oleh majikan berkuat kuasa mulai 1 Mac 2020.
  2. Pekerja sektor swasta yang berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO.
  3. Terhad kepada pekerja bergaji RM4,000 ke bawah.
  4. Majikan yang telah membuat permohonan bagi  menyalurkan RM600 terus ke dalam akaun pekerja.

Ini cara untuk memohon bantuan:

  1. Pemohonan secara online atau melalui borang yang dikemukakan di mana-mana pejabat PERKESO oleh majikan bagi pihak pekerja yang terlibat.
  2. Majikan hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap melalui Borang Permohonan ERR C-19 (Lampiran 1) dan melampirkan dokumen mandatori surat Notis Cuti Tanpa Gaji (CTG) yang mengandungi senarai pekerja yang terlibat.
  3. Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui emel perkeso.qov.my atau melalui online yang telah tersedia pada 20 Mac 2020

Senarai Pekerja hendaklah mengandungi butiran-butiran berikut:

  1. Nama Penuh Pekerja
  2. Nombor Kad Pengenalan Warganegara Malaysia (No KPPPN)
  3. Nama Jawatan (job title)
  4. Maklumat Gaji Bulanan Terakhir Pekerja (RM)
  5. Maklumat emel dan no telefon untuk dihubungi

Sebarang maklumat mengenai bantuan ini, korang boleh pegi ke laman sesawang PERKESO untuk mendapatkan maklumat lengkap.

Kalau korang ada sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi di talian khidmat pelanggan 1-300-22-8000 atau kemukakan pertanyaan anda menerusi emel ke [email protected] atau salurkan aduan pertanyaan melalui social media di Facebook Perkeso Official.

via GIPHY

Semoga dengan adanya bantuan ini dapat mengurangkan atau meringankan beban korang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Sama-sama kita doakan agar penularan wabak COVID-19 ini dapat dikawal seperti mana negara China dapat mengawalnya. Sentiasa patuh arahan dan jadilah rakyat yang bertanggungjawab!

Sumber: Berita Harian

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my