Serious?!

“Dah anggap mereka macam keluarga,” Pengarah sedih tinggalkan Running Man

Oleh  | 

SIAPA yang tak tahu rancangan program aneka ragam Korea Running Man yang memang buat korang tak kering gusi, kan? Sedar atau tak, rupa-rupanya dah 11 tahun juga ia bersiaran. Ada yang dah mula tengok rancangan ini sejak zaman belajar lagi.

Pengarah projek Running Man, Jung Chul Min sangat terkesan kerana bakal berundur dari rancangan anekaragam popular itu. Banyak yang dilalui pengarah itu sepanjang 11 tahun Running Man ke udara. Sedar atau tidak, kesemua team produksi sudah mejadi sangat akrab bagaikan sebuah keluarga.

“Saya sangat sayang dengan team Running Man. Semua team dan ahli produksi saya dah anggap seperti keluarga sendiri

“Mungkin sebab dah lama saya mengarahkan show ini, perasaan yang datang bila nak tinggalkan Runing Man diibaratkan macam baru graduate dari sekolah yang dah lama saya masuk,” katanya dalam satu sesi perkongsian baru-baru ini.

Pengarah itu juga mengambil kesematan untuk mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan penonton sepanjang Running Man ke udara.

” Penonton telah menunjukkan kasih sayang dan sokongan yang tak berbelah bagi sepanjang program ini. Saya akan berusaha lebih keras untuk memberikan sesuatu yang lebih di program yang lain,”

Chul Min bakal tampil dengan rancangan baru selepas ini dan Running Man bakal diarahkan oleh sorang lain selepas ini. Terima kasih Chul Min sebab buat kami semua ketawa sepanjang Running Man bersiaran

Sumber: Soompi

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my