D-Life

Dah cukup tidur tapi masih mengantuk? Ketahui penyebabnya!

Oleh  | 

KESIBUKAN diri dengan melakukan rutin harian sememangnya tidak boleh dielakkan. Sebab itulah kita disarankan untuk berehat dan tidur dengan cukup setiap hari. Kalau tak cukup tidur, mesti kita akan mudah rasa letih dan tidak bermaya pada keesokan harinya.

Tapi, pernah tak bila korang dah rehat dengan cukup tapi masih lagi rasa letih dan tidak bermaya? Haa, sebenarnya ini bukan satu perkara yang normal tau. Masih berasa letih walaupun sudah mendapat rehat yang cukup mesti berlaku atas beberapa faktor. Nak tahu apa faktornya? Baca artikel ni sampai habis ye.

Gangguan tiroid

Related image

Hipotiroidisme merupakan sebuah gejala pada kalenjar tiroid apabila kalenjar tiroid tidak dapat menghasilkan hormon yang cukup untuk tubuh badan kita. Untuk sesetengah perempuan, masalah hormon boleh mengakibatkan kita mudah berasa letih.

Gangguan tiroid biasanya akan mengganggukeseimbangan  badan kita dan memengaruhi kadar enegi tubuh badan kita sehingga menjadikan kita mudah berasa lesu dan penat. Bila korang selalu rasa sejuk pada suhu yang panas, masalah rambut gugur dan susah untuk menurunkan berat badan, sis sarankan korang pergi lakukan pemeriksaan doktor secepat mungkin.

Gangguan kesihatan mental

Image result for depression

Bagi sesiapa yang pernah mengalami masalah kesihatan mental seperti depresi, korang pasti akan mudah berasa letih dan tidak bermaya sepanjang hari. Kebanyakkan penghidap depresi akan suka untuk tidur ataupun sukar untuk bangun setiap pagi.

Fikiran yang penuh dengan rasa cemas boleh mengakibatkan kita berasa penat pada waktu siang walaupun sudah cukup tidur pada waktu malam. Rasa cemas yang berlarutan boleh mengakibatkan tubuh badan berasa tertekan kerana adrenalin kita terus berproses  walaupun otak kita memberi signal yang sebaliknya.

Anemia

Related image

Salah satu penyebab terbesar mengapa tubuh badan kita mudah berasa lelah adalah kerana kemungkinan besar kita kerana penyakit anemia.Anemia merupakan satu penyakit dimana tubuh badan kita kekurangan sel darah yang mengandungi hamoglobin yang menyebarkan oksigen ke seluruh tubuh badan kita.

Penderita anemia biasanya akan mudah berasa letih dan lesu sehingga tidak mampu untuk menjalankan aktiviti harian secara normal. Penyakit ini  berpunca daripada keturunan, kekurangan vitamin, pola makan yang tidak teratur dan pengambilan ubat-ubat yang salah. Kebiasannnya, korang boleh kenalpasti gejala ini apabila korang muda bersa pening, sesak nafas dan kulit badan yang kekuningan. Jangan ambil mudah tau tentang gejala ini.

Ini merupakan 3 kemungkinan besar yang bakal berlaku apabila korang sering berasa letih dan tidak bermaya walaupun sudah cukup tidur. Kalau gejala-gejala yang sis nyatakan di atas sering berlaku kepada korang, segeralah ke hospital atau klinik untuk pemerikasaan. Mencegah kan lebih baik daripada merawat. Kan?

 

Sumber: Fimela

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my