Serious?!

Dah kenapa pula ada berhala dekat surau, apa motifnya?

Oleh  | 

MACAM mana pula boleh ada berhala dekat surau? Mungkin itu adalah persoalan yang berlegar-legar di fikiran netizen semua.

Kejadian yang berlaku di Surau Sabilul Huda itu memang mengejutkan penduduk setempat yang tinggal di Taman Pendar Indah, Pelabuhan Klang.

FOTO: Kosmo

Menurut siak surau itu, Mohd Yatim Omar, kewujudan berhala itu yang diletakkan di pintu surau hanya disedari kira-kira jam 4:15 petang.

“Surau ini tidak pernah menerima aduan atau mempunyai masalah dengan mana-mana pihak selain dari kes kecurian tabung surau,”

Yatim turut meluahkan rasa kecewanya terhadap insiden ini yang dianggap menghina kesucian rumah ibadat agama Islam dan meminta pelaku untuk tampil memohon maaf.

Sebuah laporan polis telah dibuat dan berharap pihak polis dapat melakukan tindakan lanjut.

Sumber: Berita Harian

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my