DhiaLova

Dah ready untuk jatuh cinta semula selepas patah hati? Ini tandanya!

Oleh  | 

CINTA sememangnya akan datang tanpa dijangka dan dirancang. Kadang-kadang cinta datang tanpa kita ada perancangan untuk jatuh cinta pun. Tapi ini semua bukan di bawah kuasa kita untuk mengawalnya kan?

Bagi yang pernah menghadapi fasa kesakitan dalam percintaan pasti akan rasa trauma untuk menjalinkan perhubungan yang baru. Bukan mudah kan untuk letak kepercayaan semula dalam hubungan baru. Kenangan masa lalu pasti akan terus menghantui kita. Tapi sis yakin semua ini hanya sementara sahaja. Cuma waktu yang mampu menyembuhkan kekecewaan korang tu. Pasti akan ada suatu masa korang akan membuka semula pintu hati korang untuk bercinta semula. So tahu tak apa tanda-tandanya korang dah ready untuk jatuh cinta?

Tanda kita sudah bersedia untuk jatuh cinta lagi

Image result for bella hadid the weeknd

Saat korang sedang mengenali seseorang dan berasa selesa dengan dirinya, itu merupakan salah-satu tanda awal korang bersedia untuk menjalinkan perhubungan semula selepas patah hati. Korang akan perlahan-lahan meletakkankan semula rasa percaya kepada someone yang korang sedang kenal pada ketika itu.

Sebenarnya ini perkara yang paling sukar untuk dilakukan apabila kita pernah dikhianati sebelum ini. Mungkin keperibadian si dia membuat korang rasa dihargai semula. Kalau korang dah rasa selesa dan bahagia bersama someone, itu merupakan tanda-tanda korang dah ready untuk jatuh cinta semula!

Korang dah bersedia dengan apa-apa kemungkinan

Image result for bella hadid the weeknd

Kalau korang dah mula rasa bersedia untuk menghadapi apa-apa risiko sama ada baik ataupun sebaliknya dalam perhubungan yang baru, itu tandanya korang dah ready untuk jatuh cinta. Mungkin pengalaman yang lepas banyak mengajar korang bahawa cinta tidak semestinya berakhir dengan kebahagiaan tetapi ada masanya cinta juga boleh mengecewakan.

Mungkin pada fasa ini korang dah boleh faham untuk menjalinkan sebuah hubungan, korang perlu menerima kebaikan dan keburukan pasangan korang seadanya tanpa perlu mempersoalkan apa-apa sehingga boleh menimbulkan pergaduhan.

Bersedia untuk komitmen

Image result for bella hadid the weeknd

Komiten dalam sebuah perhubungan merupakan satu perkara yang penting. Kalau korang dah ready untuk memberi komitmen dalam perhubungan, itu tandanya korang dah ready untuk jatuh cinta. Bukan senang nak beri komitmen dalam hubungan sebab hidup kita tidak hanya tertumpu kepada hubungan semata.

Ini merupakan beberapa tanda korang bersedia untuk jatuh cinta semula selepas episod patah hati yang berlaku dalam life korang. Selain daripada tanda-tanda di atas, korang dah dianggap bersedia untuk menjalinkan cinta apabila korang tidak membanding-bandingkan pasangan korang dengan ex korang dan korang willingly uintuk menjadi seorang yang jujur kepadanya.

Bila kita dah boleh berfikir rasional seperti ini, barulah kita mampu menikmati keindahan cinta kan? Gitu!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my