D-Life

Dah sejuta tahun tak bersenam, macam mana nak mula semula?

Oleh  | 

BILA kali terakhir kamu bersenam, ingat tak? Seminggu? Sebulan? Seabad? Haa kalau kamu sendiri pun memang tak ingat bila kali terakhir bersenam sampai tercongak-congak pun tak dapat dan sampai terpaksa keluarkan kalkulator untuk kira, nampak sangatlah dah lama kamu tinggal aktiviti riadah.

Tapi tak mengapa, kita semua faham kamu sibuk dan kesuntukan masa setiap hari. Belum terlambat pun untuk kamu mula semula. Ini dia, beberapa langkah yang boleh kamu cuba.

 

Mulakan langkah pertama!

Pertama, kamu perlu faham bahawa kamu sudah lama meninggalkan rutin senaman kamu yang sejuta tahun dulu tu. Kalau dulu kamu boleh berlari sepuluh pusingan taman rekreasi, tetapi untuk mula semula jangan haraplah kamu boleh dapat stamina yang sama. Mulakan perlahan-lahan dahulu. Mungkin, kamu boleh mula dengan berlari-lari anak atau berlari 2km sehari dahulu?

 

Bina motivasi kamu sendiri

Kamu bukan atlet profesional yang hari-hari ada coach akan paksa kamu untuk berlatih. Kamu juga dikelilingi kawan-kawan bertubuh gempal yang malas bersenam dan tahu makan je 24 jam? Jadi apa yang kamu perlu buat? Cipta motivasi kamu sendiri. Letak-kata semangat di tepi PC kerja atau di peti sejuk misalnya “kalau kamu tak bersenam, kamu akan gemuk dan tak ada orang nak!” serta-merta kamu akan insaf. Nak ambil coklat dalam peti sejuk pun tak jadi!

 

Cuaca cemburu sebab kamu mahu kurus?

Eh, jangan nak bagi alasan ya! Cuaca buruk di luar rumah bukan bermakna kamu langsung tidak boleh bersenam ya. Lakukan secara indoor. Buka Youtube dan lihatlah berjuta-juta video senaman dalam rumah dan pilates yang ada. Ataupun kamu mungkin boleh berzumba? Lagi enjoy! Kamu nak buat apa-apa pun tiada mata yang akan memandang!

 

Sumber: Cosmopolitan

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my