Oh-Oh-Tee-Dee

Dah tahun baru! Aksesori ini dijangka bakal jadi tren 2020

Oleh  | 

TIDAK hanya baju, aksesori seperti kasut dan beg juga menjadi pelengkap dalam penampilan OOTD korang setiap hari. Sebenarnya untuk tahun hadapan, ada beberapa aksesori dikatakan bakal menjadi ikutan dan wajib ada dalam almari masing-masing.

Jom kita tengok apakah antara aksesori yang dikatakan itu.

Beg pelbagai warna

Beg macma ini sebenarnya oelengkap gaya OOTD korang apalagi kalau korang menyarung busana yang tidak bercorak.

Bucket hats

Dulu memang pelik gila orang pakai topi macam ni. Sebab lalunya topi ini dipakai kalau nak pergi memancing. Tapi mengikut kepada perubahan fesyen. Gaya ini dikatakan bakal menjadi satu tren penting tahun depan.

Color sunglasses frame

Tampil lebih bold dan lain sikit apabila mengenakan kaca mata tanpa bingkai macam ini. Asyik kaca mata hitam sahaja. Kali ini ambil warna-warni pula.

Hoop earrings

Yang seronoknya tetang anting-anting ini. Korang pun boleh menggayakannya walaupun korang berhijab.

Statement timepieces

Jam tangan macam ini pula memang dikatakan model klasik namun bakal muncul kembali menjadi tren pada tahun depan.

Headbands

Pakai aksesori rambut macam ini akan buat OOTD korang menjadi lebih feminin dan anggun. Cuba tengok, cantik!

Okay baiklah. Sis nak pergi kedai aksesori dekat mall sebelah. Nak kumpul semua yang ada dekat gambar di atas ini. Barulah OOTD dekat Instagram sis akan lebih menyerlah dan trendy macam tu! Yea!

Sumber: IDN Times

Tawaran menarik setiap hari di SHELOT! Jangan ketinggalan guys sebab banyak baju, bikini, dan bag yang cantik-cantik dan mampu dimiliki.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my