Dhiaventure

Dah tak payah solat dekat parking lot, Jepun sediakan tempat solat khas di setiap Highway

Oleh  | 

NAMPAKNYA negara matahari terbit, Jepun bakal menerima lebih banyak pelancong negara-negara muslim apabila menaiktaraf kemudahan dengan menyediakan kemudahan tempat solat khas di setiap highway.

Berita gembira itu dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama @asfaiznism dengan potongan video berita dari negara Jepun sebelum menjadi tular. Kalau dlihat bedasarkan kepada video berkenaan, ruang solat itu nampak sangat selesa sehingga boleh memuatkan 5 jemaah dan juga menunjuk arah kiblat.

Bukan itu sahaja, terdapat juga aneka makanan halal yang boleh didapati di highway mereka.

Setakat artikel ini ditulis, tweet berkenaan dikongsi oleh 5 ribu pengguna dengan 7 ribu tanda suka.

Rata-rata netizen sangat gembira dengan berita itu. Lepas ini dah tak payah solat dekat parking lot.

Lepas ini dah tak ada lagi alasan nak ponteng solat,okay? Jadi, ada sesiapa nak ajak sis pergi Jepun?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my