Serious?!

Dah tengok semua cerita rating tinggi ini? Korang memang peminat Kdrama sejati!

Oleh  | 

KITA memang boleh melekat dekat skrin 24 jam kalau dah mula tengok drama Korea. Mana taknya, jalan cerita mereka menarik, pergerakan kamera kemas  dan pelakonnya pun betul-betul menjiwai watak memang buat kita syok betul nak layan seharian.

Salah satu tv kabel di Korea Selatan iaitu tvN banyak menyiarkan pelbagai cerita terkenal dari negara tersebut. Ada banyak drama yang meletup dan mempunyai rating tinggi dalam sejarah. Kalau korang peminat drama Korea sejati, pastikan korang dah tengok kesemua drama terkenal ini.

Reply 1988

Ha, kalau korang pernah tengok Reply The Series, korang mesti dah tahu yang Reply 1988 adalah siri ketiga daripada drama rantaian itu. Sejak ditayangkan pada tahun 2015, rating drama ini naik mendadak. Episod terakhir drama ini sangat luar biasa apabila mencapai jumlah tontonan sehingga 18.8% AGB Nielsen. Pelakonnya pula ialah Hyeri, Ryu JunYeol dan Park Bo Gum.

Goblin

Argh! Ini drama kesukaan sis. Ditayangkan pada tahun 2016, Goblin mula menjadi kegilaan menonton drama Korea dengan barisan pelakon popular seperti Gong Yoo dan Kim Go Eun. Episod terakhir drama ini pula mencecah 18.68%. Lagu-lagu cerita ini juga memang layan.

Mr. Sunshine

Siapa sangka drama yang berkisahkan sejarah turut mendapat sambutan tinggi. Drama lakonan Lee Byung Hun dan Kim Tae Ri sempat menjadi kegilaan dan percakapan warganet. Buktinya, drama ini selalu meraih rating tinggi di setiap episod. Secara nasional, drama ini meraih rating sebanyak 18.13%.

100 Days My Prince

Mari kita beralih kepada drama rating tinggi iaitu 100 Days My Prince. Banyak betul scene kelakar yang ada dalam drama ini yang memang boleh buat kita gelak sakan. Mana tidaknya, tiba-tiba kita dapat arahan untuk kahwin dan tamatkan zaman bujang kita. Dibintangi Do Kyungsoo dan Nam Ji Hyun, drama ini telah mendapat rating sebesar 14.41%.

Hotel Del Luna

Ha, ini adalah drama paling terkini nak dibanding dengan yang lain-lain. Ia berkisah tentang sebuah hotel yang dihuni oleh hantu. Plot cerita ini memang unik dan lain dari yang lain membuatkan ia menjadi perbincangan hangat netizen. Drama ini mendapat rating tinggi setiap episod mencecah 12% secara nasional.

Ha, siapa yang dah tengok kesemua drama yang sis senaraikan, ni? Ini petanda korang peminat Kdrama sejati. Agak-agak apalagi drama Korea yang best ya nak tengok? Roger sikit.

 Sumber: IDN 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my