Serious?!

Daiyan Trisha beli rumah pada usia 25 tahun, kau mampu?

Oleh  | 

PENYANYI dan pelakon Daiyan Trisha berkongsi rasa teruja apabila berjaya membeli rumah pada usia 25 tahun. Wow, kau mampu?

Pada usia seperti ini, kebanyakan remaja lebih memilih untuk menyewa lebih-lebih lagi 50 peratus remaja yang tinggal di sekitar Lembah Klang dan ibu negeri yang lain. Membeli rumah sebelum usia 26 tahun dikira satu pencapaian yang hebat juga dalam hidup. Ye lah, tinggal di bandar ni memang mencabar dari segi komitmen kan.

Menurut sumber yang dikongsi oleh Daiyan menerusi Instagram nya, Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin melahirkan kegembiraannya apabila memiliki rumahnya sendiri setelah sekian lama dia merancang untuk memiliki rumah. Menerusi caption Daiyan di Instagram, dia merancang untuk memiliki rumah pada usia 23 tahun tetapi ramai menasihatinya supaya bertahan terlebih dahulu kerana dia masih muda.

Daiyan Trisha juga tidak sabar untuk mendekorasi rumahnya menjadi rumah idaman dan segala penat lelahnya bekerja selama ini berbaloi apabila dia dapat membeli rumah dengan menggunakan hasil titik peluhnya sendiri. Daiyan juga menitiskan airmata kegembiraannya menerusi video ini.

“sorry if i got a little emotional in the video but i just couldn’t contain my emotions. i’ve been wanting to buy my own place since i was 23 but they thought i was too young. worked hard ever since and i finally secured a great place last year in my favourite area. last friday, i collected the keys. alhamdulillah. i’m so happy i get to share this with u guys and i’m beyond excited to start turning this house into my dream home. thank u for being with me every step of the way. i love u.”

 

Foto: Instagram Diyan Trisha

Foto: Instagram Diyan Trisha

Foto: Instagram Diyan Trisha

Kejayaan Daiyan Trisha dapat memiliki rumah pada usia muda selayaknya dicontohi oleh remaja kini. Bukan mudah ye nak beli rumah sekarang ni. Kita perlu bijak menguruskan kewangan dan plan baik-baik untuk membeli aset. Kalau Daiyan boleh, kita pun mesti boleh!

BACA:  Makan satu hari RM10, gadis ini beri tips berjimat cermat

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my