Inspirasi Dhia

Dakwah di lorong pelacuran, ini Ustaz Adam ‘in real life’

Oleh  | 

KEPADA peminat drama rantaian Nur pasti tidak boleh melupakan watak Ustaz Adam yang dilakonkan Syafiq Kyle. Adam merupakan seorang ustaz selebriti yang berdakwah di lorong-lorong pelacuran.

Namun, jika korang hanya merasakan ia hanyalah sebuah babak dalam drama berkenaan. Korang telah tersilap. Sebuah video yang dimuat naik pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew baru-baru ini menunjukkan dia sedang berdakwah di lorong pelacuran telah mengundang perhatian orang ramai.

Melalui kapsyen beliau di Instagram, tidak pernah ada sesiapa yang ke lorong itu untuk berdakwah sebelum ini. Pelbagai cerita dikongsikan ustaz selepas turun ke lorong berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

12malam tadi terus pergi ke lorong-lorong jumpa transgender/maknyah dan wanita-wanita kerja lorong. Menangis selepas jumpa mereka. Tak berhenti mereka cakap terima kaseh datang. Tak pernah lagi sesiapa datang di lorong ini beri nasihat. Itu paling buat saya sebak dihati. Sebak menangis bila dapat jumpa saudara yang baik yang diuji dalam kehidupan. Ada seorang ni mula kerja lorong dari umur 11 tahun lagi.Untuk sara dan bantu keluarga adik beradik. Sehinggalah hari ini. Menangis saya dengar. Ada dari 14tahun dan 15 tahun. Saya peluk transgender maknyah mereka terharu sebak. Tak peluk wanita . Mereka bawa saya ziarah semua wanita dan transgender yang kerja lorong. Banyak soalan mereka. Saya sedih tengok tempat kerja mereka. Bilik panas dan sempit. Ada yang yang tadi belajar solat dan lain-lain. Bila mereka tekun dengar nasihat. Ramai tinggal tempat kerja mereka sedangkan malam ini malam minggu ramai orang. Mereka terus ikut dan banyak dapat berbual dengan mereka. Mereka sedar jelas halal dan haram . Ada seorang kakak ni dah lama kerja ini. Suami dah takde. Dari 13 tahun. Sampai sekarang kerja lorong. Anak 3 orang belajar Mesir. Bila anak minta duit dia bagi dan anaknya tak tahu kerja maknya. Dia seorang diri besarkan anaknya. Saya doakannya dapat keluar dari kerja semua ini dan anaknya dapat bantu ibunya. Sedih menangis kakak tu. . Mereka kadang menangis seorang diri kuat berdoa minta Allah beri kekuatan dalam perjalanan menjadi hamba Allah dan rindukan keluarga . Pohon doa nak teruskan program 3hari Motivasi untuk mereka semua. Hari tu ramai dari seluruh Malaysia datang sukarela nak belajar solat dan semuanya selama 3hari 2malam saya buat di PortDickson. Mereka azam nak ikut bersama. Pohon doa semua yer buat saya dan mereka semua dan semua manusia didunia ini. Supaya kita semua sama-sama disayangi Allah dan diampuninya. Ya Allah diriku mengadu betapa lemahnya dan kekurangan dalam dakwahku. Maafkanlah diriku. Mereka semua baik-baik -ebitlew #dakwahsebenarjalanan #doortodoorebitlew #astroaosis #PertubuhanKasihUmatMalaysia #jemputbawakeluargasunnah #tourOktober2019 #www.keluargasunnah.com @elews_design @paramountcoffeehouse #isterikubidadari #ebitlew #transgender

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on


Ada yang terpaksa kerja di lorong pada usia yang sangat muda untuk menampung keperluan harian. Antaranya ialah seorang wanita yang sudah kematian suami dan terpaksa menjadi pelacur untuk menyara tiga orang anaknya yang belajar di Mesir. Namun, semua itu disembunyikan daripada pengetahuan anaknya.

Tidak melepaskan kunjungan itu, golongan transgender ini juga sempat bertanyakan soalan soalan dan cara-cara solat.

“Pohon doa semua yer buat saya dan mereka semua dan semua manusia di dunia ini. Supaya kita semua sama-sama disayangi Allah dan diampuninya,” tulis Ustaz itu.

Terharu dengan video ustaz tersebut, netizen turut memuji apa yang dilakukannya adalah usaha terbesar untuk menyebarkan dakwah seperti watak Adam dalam drama Nur.

Betullah apa yang dikatakan bahawa hidayah itu milik Allah. Ujian kita berbeza-beza. Kita tak ada hak untuk menghakimi orang lain. Tapi apa yang dilakukan Ustaz ini memang wajar dipuji. Tahniah Ustaz!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my