Serious?!

“Dalam keadaan bogel, mereka paksa kami…,”-bekas tahanan bongkar apa jadi di kem Xinjiang

Oleh  | 

KEJAM , TAK BERHATI PERUT! Itulah yang boleh kita katakan dengan insiden dan nasib yang dihadapi oleh kaum muslim Uighur di China. Setelah sekumpulan wartawan antarabangsa mengkantoikan apa sebenarnya yang terjadi di kem tahanan khas di Xinjiang. Satu per satu kekejaman telah semakin dilihat oleh masyarakat dunia.

Situasi di sana dah boleh dikatakan sangat teruk seperti perang dunia yang sepatutnya tak wujud lagi dah di zaman yang menagungkan hak asasi manusia. Namun rupa-rupanya, hampir sejuta (yes girl, sejuta!) kaum Muslim Uighur dihumban dalam penjara untuk sesi brainwash.

Walaupun kerajaan China berkali-kali menafikan perkara tersebut dan masih lagi nak jaga air muka negara itu. Namun, pendedahan yang dibongkarkan oleh bekas tahanan bernama Gulbahar Jalilova dalam satu wawancara baru-baru ini memang mengejutkan.

FOTO: CNA

Ini adalah antara kekejaman yang tepaksa mereka terima di sebaluk tembok besi wilayah malang itu.

Humban dalam penjara, jangan nangis

Tak tahu apa yang salah, Jalilova  di bawa ke penjara itu dan terpaksa melalui beberapa pemeriksaan seperti ujian air kencing dan ambil cap jari. Dia di bawa ke sebuah bilik yang padat dengan 40 orang perempuan. Ada dia antara mereka yang dirantai.

“Saya tak boleh nangis. Kalau nangis nanti mereka akan akan bawa ke bilik yang lebih dalam. Tak ada lampu dan hanya ada tikus,”

Disuntik

Selama 15 bulan dalam penjara. Jalilova perasan, mereka yang disana akan disuntik setiap 10 hari. Tak tahu apa tujuan suntikan itu tapi mereka yang muda tidak akan datang haid lagi selepas itu.

FOTO: independent

Bogel

Dalam keadaan bogel, mereka juga menyuruh semua orang bersenam tanpa mengira umur.

Pada bulan September tahun lalu, dia telah dibebaskan. Tapi emosi dan fizikalnya ternyata mengalami perubahan ketara. Dia diserang panic attack, anxiety, halusinasi dan sukar untuk makan.

Itu baru kisah Jalilova. Bagaimana pula dengan mereka yang masih lagi berada di dalam kem tahanan tersebut. Sama-sama kita doakan agar saudara seislam kita dapat diselamatkan dan keadilan dapat ditegakkan.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my