Serious?!

Dalang runtuhkan ‘masjid’ Rashidi? Haidar bersuara ‘back up’ kekasih

Oleh  | 

KU SANGKA panas hingga ke petang, namun hujan di tengah hari. Itulah pepatah yang paling sesuai untuk menceritakan kisah percintaan pasangan pelakon Vanidah Imran dan Rashidi yang terlerai di tengah jalan.

Viral baru-baru ini, Rashidi memuat naik beberapa video dan gambarnya bersama dengan seorang pengacara dan model bernama Fify Azmi  menerusi Instagramnya.

Gambar tersebut bagaimanapun telah disalah erti sehingga ada yang berkata Fify adalah dalang di sebalik keretakan rumahtangga yang telah dibina Vanidah dan Rashidi selama 17 tahun itu.

Rashidi bagaimanapun tampil memberi penjelasan seperti yang dilaporkan akhbar tempatan. Menurut Rashidi, Fify hanyalah seorang model kepada iklan minyak wangi yang dikeluarkan Rashidi.

“Memandangkan mengambil artis popular agak mahal, jadi saya tawarkan Fify untuk berlakon dalan iklan tersebut,” katanya.

Rashidi turut berasa simpati kepada Fify yang terkena tempias mangsa kecaman netizen. Padahal, Fify hanyalah model yang bertanggungjawab mempromosikan minyak wangi jenama Starrasky miliknya.

“Saya bersimpati dengan Fify. Kami tak ada apa-apa hubungan,” tegasnya lagi.

FOTO : Rashidi_ishak

Back up kekasih

Tidak hanya itu, menurut laporan Berita Harian, kekasih kepada model tersebut, Haidar Hasanudin bagaimanapun menyatakan status hubungan mereka bertiga yang sememangnya rapat dan sudah mengenali antara satu sama lain sejak empat tahun yang lalu.

“Kami memang pernah bekerja di stesen radio Peace Yall FM. Jadi, tidak wujud persoalan Fify menjadi punca perpisahan rumah tangga,

“Dia (Rashidi) sudah seperti abang kami sendiri, kami pun selesa dengannya. Malah kami pun baik sampai sekarang,” katanya.

Terdahulu, Rashidi dan Vanidah  disahkan bercerai pada Ogos tahun lalu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my