Be-You-Ty

Dapatkan kulit mulus ‘flawless’ ala artis Korea dengan langkah mudah ini!

Oleh  | 

WAH! Lihat sahaja Kim Tae Hee, Yoona atau Park Shin Hae di kaca televisyen. Bukan main flawless dan halus kulit muka mereka tanpa sedikit pun cela. Berlumba-lumba wanita ingin mendapatkan wajah glass skin yang berseri, lembap ini.

Kini, wajah seperti artis korea kesayangan kamu bukan mimpi lagi. Kamu boleh mendapatkan wajah seperti mereka dengan mengikuti beberapa langkah ini!

 

 Pembersih muka

via GIPHY

Gadis  korea  memulakan langkah penjagaan wajah mereka dengan memilih pembersih wajah yang berasaskan minyak untuk menyingkirkan kotoran di bahagian kulit. Namun ada juga yang melakukan  double cleansing atau pembersihan dua kali untuk memastikan kulit bebas kotoran pada tahan maksimum. Lazimnya mereka akan mencuci wajah kali kedua menggunakan foam cleanser yang mudah di dapati di kedai dan farmasi.

 

Eksfoliasi

via GIPHY

Ia adalah cara untuk menanggalkan sel kulit mati di permukaan wajah. Ia penting bagi mengelakkan wajah anda kelihatan kusam . Biasanya mereka akan menggunakan skrub wajah satu minggu sekali. Jika Eksfoliasi dilakukan secara kerap dan berterusan ia akan mengakibatkan kulit wajah menjadi nipis.

 

Masker kertas

via GIPHY

Mungkin anda pernah melihat beberapa babak dalam drama korea menunjukkan pelakon memakai masker kertas tanpa mengira jantina. Ia memang sesuatu yang tidak asing  lagi di sana memandangkan masker kertas merupakan produk yang sudah menjadi trend masyarakat Korea. Ia terdiri daripada material kertas tisu yang direndam dalam serum bernutrisi. Namun, kamu dinasihatkan agar  tidak memakai masker lebih dari 30 minit kerana akan membuat kondisi wajah kamu makin buruk.

 

Masker untuk mata

Untuk memiliki mata yang menawan, masyarakat Korea merasakan masker mata adalah suatu kewajiban. Ini kerana kulit sekitar mata adalah lebih tipis dan mudah untuk terkena iritasi dan penuaan.

 

Sunblock please

via GIPHY

Adalah suatu kewajiban bagi gadis Korea untuk memakai sunblock. Ini kerana pendedahan berlebihan kepada pancaran matahari akan menyebabkan kerosakkan kepada kulit seperti garisan halus, pigmentasi dan kedutan. Maka, sunblock adalah penyelamat sejati untuk mengekalkan keanjalan kulit kamu!

 

Sumber:  Pesonapengantin.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my