DhiaLova

‘Dating’ orang seusia ayah? Kenapa tidak?

Oleh  | 

ALA.. kan ada lirik lagu-lagu Melayu yang menyatakan cinta datang tanpa diundang. Kamu mungkin boleh jatuh hati kepada sesiapa. Tak kisahlah kalau si dia berlainan warna kulit, bangsa, bahasa mahupun usia. Mungkin kamu seorang yang bijak bergaul dan mempunyai ramai kenalan. Maka tidak hairanlah jika kamu jatuh cinta kepada seseorang lebih tua daripada kamu.

Namun, ada beberapa pertimbangan yang kamu perlu lakukan untuk meneruskan hubungan yang lebih serius dengan si dia. Bercinta dengan seseorang yang lebih tua memerlukan hati yang kental untuk melawan stigma  masyarakat. Nak lagi kalau kawan-kawan kamu sejenis ‘mulut lahar’ suka mengata kamu yang bukan-bukan nanti.

Tahu nak cakap apa bila jumpa

via GIPHY

Mereka yang berumur lebih selesa bercakap secara bersemuka berbanding telefon. Dia mungkin tidak melayan mesej kamu kalau menghantar gambar di tengah malam atau mengadu tidak boleh tidur. Dia tidak akan melayan ‘small talks’ yang biasa kamu kongsikan bersama kawan-kawan kamu. Namun jika kamu seorang yang intelektual dan tidak suka bercakap perkara leweh. Kamu pasti  berjaya untuk berkomunikasi dengan level yang sama, ini bermakna si dia  memang cocok dengan kamu.

Berbeza minat

via GIPHY

Selain itu, kamu dan si dia mungkin akan mempunyai minat yang berbeza. Kamu mungkin akan menonton Asian Next Top Model sendirian atau bersama kawan-kawan perempuan kamu. Harap kamu bersedia untuk menonton siri penyiasatan atau rancangan dokumentari bersama-samanya.

Tak kisah berbelanja

via GIPHY

Memandangkan si dia sudah memiliki kerja dan ekonomi yang stabil. Maka ia pasti tidak kisah berbelanja. Dia tidak akan berkira untuk membawa kamu ke kedai kopi. Namun jika kamu seorang perempuan yang berdikari. Pasti sukar untuk kamu mencari hadiah ulang tahun kelahirannya yang sama nilainya dengan hadiah yang pernah diberikannya kepada kamu.

Tidak ketagih media sosial

via GIPHY

Seronoklah kamu! Tak perlu bergaduh tentang drama yang muncul akibat media sosial. Kamu tak perlu risau kalau-kalau dia sedang intai profil akaun perempuan lain di belakang kamu. Tapi kamu harus bersedia dengan komen yang bakal kamu terima setiap kali kamu memuat naik gambar bersamanya.

“Eh, siapa orang tua  sebelah kamu itu? Pak cik ke? ”

Setiap perhubungan pasti mempunyai turun naiknya. Namun apabila kamu bercinta dengan seseorang yang mempunyai perbezaan umur yang ketara dengan kamu. Maka, ia memerlukan ketabahan untuk membina perhubungan. Orang boleh berkata apa sahaja, namun kamu yang mencintainya. Lakukanlah apa-apa yang kamu yakin dan rasakan betul terhadap perasaan kamu. You go girls!

 

Sumber: Junkee.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my