Diri Dhia

Daun sirih bersihkan vagina hanya setakat mitos?

Oleh  | 

CERITA tentang daun sirih dapat membersihkan vagina dari bau dan kuman sudah lama kita dengar sejak dari zaman sekolah lagi.

Bukan itu sahaja, ada banyak pembersih wanita yang menggunakan daun sirih diiklankan dekat televisyen mahupun pasar raya.

Masih juga terdapat golongan perempuan yang menggunakan kaedah tradisional seperti merebus daun sirih dan meratakan air rebusan itu di sekeliling vagina.

via GIPHY

Tapi, ada beberapa doktor kecantikan telah mengharamkan penggunaan daun sirih untuk membersihkan vagina. Ini mungkin sedikit mengejutkan.

Menurut Dr Enrina Diah, daun sirih sebenarnya hanya membuatkan vagina menjadi kering.

“Kesihatan vagina mestilah dilihat dari dalam dan luaran. Tapi penggunaan sirih sebenarnya akan membuatkan vagina menjadi lebih kering,” jelasnya.

via GIPHY

Vagina yang kering membuatkan PH di kawasan itu tidak stabil. Kesannya, ia akan menyebabkan vagina menjadi tidak bersih dan busuk.

Jika ingin menggunakan sabun wanita untuk mencuci bahagian sulit, Dr Enrina menyarankan agar perempuan-perempuan diluar sana menggunakan sabun pembersih selain sirih.

via GIPHY

“Jangan gunakan sabun pembersih yang boleh membuatkan iritasi, carilah sabun yang mempunyai PH yang seimbang”

Enrina turut memberi tip untuk menjaga vagina seperti menggantikan tuala wanita sekerap mungkin ketika period. Vagina juga perlulah dikeringkan dengan tisu setiap kali selesai membuang air kecil bagi mendapatkan vagina yang bersih dan tidak berbau.

So apalagi, jangan lupa guna nasihat dan tip yang diberikan ini tau. Tak kan nak wangi dekat badan dan nak cantik dekat muka je!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my