Dhia Glam

Definisi fesyen lebaran penyanyi kesayangan negara, Dato’ Siti Nurhaliza

Oleh  | 

MENJELANG kita nak menyambut hari Lebaran ni, masing-masing dah tak keruan memikirkan busana hari raya yang boleh buat korang nampak stunning kan?

Macam-macam gaya, warna dan rekaan dah terbayang-bayang dekat hujung mata ni. Yelah, baju tu juga nanti yang korang pakai untuk pergi rumah terbuka crush korang. Ehh?

Tapi sebenarnya, apa yang penting dalam pemilihan sesuatu baju ni ye? Tak nak la nanti korang beli baju sebab nampak cantik tapi seksa bila memakainya. Jadi, team Dhia sempat berbual dengan penyanyi kesayangan ramai iaitu Dato’ Seri Siti Nurhaliza untuk bertanya apakah agaknya makna fesyen lebaran bagi beliau.

Tidak hanya nampak cantik bila dipakai, Siti rupanya sangat teliti dalam membuat pemilihan fabrik dan material busana hari lebarannya.

“Bagi saya yang paling penting ialah material yang selesa dan fesyen yang simple. Kita semua faham  suasana cuaca di Malaysia yang panas. Jadi, saya akan mencari kain yang selesa dipakai, sejuk dan tak terlalu ikut badan,”

Bercerita tentang material yang sesuai dipakai untuk lebaran, pelantun lagu Anta Permana ini memilih Satin dan Chiffon yang dianggap sangat sesuai dengan iklim Malaysia hari ini. Yelah, hari raya ini kita akan banyak bergerak, jadi pakaian kenalah selesa.

“Saya memilih satin yang ringan dan berkualiti tinggi supaya corak yang diprint akan nampak lebih jelas dan terang apabila dipakai. Chiffon pula boleh memberi efek beralun.

Dari segi corak pula, Siti akan tampil dengan sentuhan art deco iaitu lebih kepada corak geometri dan simetri,”

Corak dan gaya Siti Nurhaliza ini juga adalah perkara penting yang menjadi asas dalam busana rumah fesyennya sendiri iaitu Creation. Creation tampil dengan 43 rekaan pada tahun ini untuk semua lapisan umur.

Oklah, sis pun nak pergi keluar cari baju raya ni. Jangan lupa share baju raya korang nanti tau.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my