Serious?!

“Dekat set Nur, kami solat tak pernah tinggal” – Amyra Rosli

Oleh  | 

DRAMA ‘sup bunjut’ Nur yang menjadi kegilaan ramai telah memulakan episod pertama untuk musim kedua semalam. Nampaknya Nur musim kedua memulakan rekod tayangannya dengan cemerlang apabila menjadi perbualan hangat warganet sehingga trending nombor satu di Twitter.

Ketika peminat drama tanah air sedang ternanti-nanti apakah konfilk yang bakal bergelumang dalam kehidupan Ustaz Adam dan Nur, team Dhia sempat bertemu watak utama yang menggerakkan jalan cerita Nur iaitu pelakon cantik bernama Amyra Rosli.

Kami berbual seputar pengalaman yang dikutipnya sepanjang beberapa bulan menjalankan penggambaran Nur musim kedua.

FOTO: Budak Ijat

Menurut Amyra, peribadi Nur untuk musim kedua telah berubah jika hendak dibandingkan dengan musim pertama. Jika sebelum ini Nur selalu dipandang sebagai gadis yang lemah lembut dan tidak membantah, Amyra bagaimanapun memberi bayangan bahawa wataknya untuk kali ini tampil sedikit berbeza.

Bercakap tentang keadaan di set sepanjang penggambaran, Amyra tersenyum lebar menceritakan bagaimana produksi team drama Nur begitu akrab bagaikan sebuah keluarga.

“Orang mungkin nampak Nur adalah drama yang penuh dengan air mata. Tapi realitinya kami ketawa macam sebuah keluarga dekat set.

“Dalam banyak-banyak drama, Myra rasa drama ni sahaja yang buat Myra rasa macam tu. Kekuatan Fatimah Abu Bakar dengan Jalaluddin Hassan memang macam ibu dan ayah. Manakala Kak Khiriah dengan Azhan Rani pula memang tak pernah diva dan mereka adalah pelawak dekat set,” katanya ketika ditemui di sidang media Nur 2 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Impak drama Nur ternyata tidak hanya berbekas kepada penonton, malah pelakonnya juga. Amyra berkongsi pengalamannya menimba ilmu agama sepanjang penggambaran.

 

View this post on Instagram

 

Utk scene bergaduh dalam kolam jer we spent four days just to get best shot. Dari track, handheld, underwater shot and drone kami gunakan hanya untuk scene yg tak sampai berapa minit tu. Kami lakukan semua ini hanya untuk kepuasan para peminat drama Nur kerana kami serius memberikan yg terbaik untuk anda. Tunggu April ini k. Muah muah. *maaf yer Nur kami kali ni berloceng. Nur sebenar tgh demam. Huhu @radiusone_official
@dramaradiusone
@budakijat
@fazli_radiusone
@marsilahassan
@hakhisham
@onechinoiz
@aamyrarosli @syafiqkylez
@azarazmi
@khiriah17 @azhan_rani @jalaludinhassan @fatimahabukar @therajaatiqullah @rienadiana_ @mathnirazak7 @kunamuzani @jijiezainal
@eyra.hazali
@makuda_yati
@makcikpetir
@onechinoiz_studios
@gerobokselebriti
#gerobokselebriti
#dramaradiusone
#radiusone_official
#dramasangat #tv3malaysia
#nur2 #nur #dramanur
#dramanurtv3

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on

“Bila dah berlakon dalam drama ni, banyak ilmu yang kita belajar. Bahkan di luar set pun kita selalu ada peluang untuk bercerita tentang agama.

Myra rasa seronok sebab kami solat tak pernah tinggal dekat set walau apapun jadi.

Pernah tinggal satu scene sahaja. Tapi tiba-tiba azan. Kami akan berhenti untuk solat. Itu yang buatkan Myra tabik dengan semua,” sambungnya lagi.

Drama Nur sudah pun bersiaran di slot Samarinda TV3 dan sebanyak 15 episod dipertaruhkan untuk musim kedua ini. Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini ialah Eyra Hazali, Azar Azmi, Raja Atiq, Dato’ Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani dan semestinya, Syafiq Kyle.

Ha! Dengar-dengar episod pertama Nur 2 dapat 11 juta penonton tau. Baru episod pertama okey! Semalam episod 2, agak-agak berapa juta penonton lah semalam kan? Team Dhia pun belum terlepas lagi dua episod ni, memang power!

1 Comment

  1. sham

    5 April 2019 at 2:46 am

    kenapa tiada anugerah pelakon jahat terbaik.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my