Deko

Dekorasi rare ni untuk bilik tidur korang

Oleh  | 

BILIK tidur ni memang tempat paling mustahak untuk kita semua. Mana taknya, lepas habis kerja seharian mestilah kita nakkan tempat yang cantik dan selesa untuk kita melepaskan lelah. Cara kita mendekorasi bilik juga memberikan gambaran tentang personaliti diri kita.

Kalau korang tak nak mempunyai dekorasi bilik yang tipikal sama macam orang lain. Jangan risau, meh sis kongsikan antara dekorasi bilik yang agak unik dan semestinya tidak akan membuatkan korang bosan.

via GIPHY

Tumbuhan gantung

Kalau bilik korang sempit, korang boleh ambil gambar ini sebagai inspirasi. Ia nampak hidup sebab warna tema bilik ini sangat lembut disamping dihiasi dengan tumbuhan gantung.

Pencinta buku

Ini adalah dekorasi bilik yang paling sesuai untuk pencinta buku. Pemilihan warna putih sebagai warna utama menjadikan bilik ini nampak lebih luas. Selain itu, cuba korang perhatikan tingkapnya yang besar. Ia membolehkan korang membaca buku dengan cahaya semulajadi. Selesa betul.

Black is sexy

Jarang orang nak pilih warna hitam sebagai warna bilik tidur mereka. Tapi kalau korang pandai menghiasnya, ruang bilik tidur korang akam nampak sangat eksklusif dan mahal.

Ruang serba guna

Kalau korang hanya mempunyai ruang yang kecil tapi nak digunakan semaksimum mungkin. Korang boleh jadikam gambar ini sebagai rujukan. Di ruang yang sempit ini, korang masih boleh mempunyai ruanh tidur, ruang untuk masak dan juga ruang untuk makan. Nak kemas pun tak penat, kan?

Bermain dengan lampu

Ha, kalau korang memang suka benda yang glowing. Boleh guna dekorasi bilik tidur ini sebagai rujukan. Siap ada lampu LED pula tu di bawah katil. Nampak macam gah betul bilik korang nanti. Tapi tu la, mungkin bil elektrik korang mungkin akan melambung.

Ha, ada tak antara dekorasi di atas yang menjadi pilihan korang?

Sumber: IDNTimes

 

Takde masa nak mengemas rumah? Korang boleh je pakai servis dari Koadim ni.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my