Inspirasi Dhia

Demi cinta kepada perempuan Melayu, lelaki ini bina istana RM 4.5 juta

Oleh  | 

PERGH! Macam cerita cinta klasik lama Shah Jehan yang buatkan Taj Mahal semata-mata untuk membuktikan cinta agungnya kepada Mumtaz. Tapi kali ini real sikit sebab benda ni berlaku dekat Rompin, Negeri Sembilan.

Usaha itu dilakukan oleh seorang lelaki Australia bernama Yusof Abdullah yang membina sebuah rumah gadang bercirikan Minangkabau di Kampung Sri Rompin.

Ceritanya bermula apabila isteri Yusof yang bernama Zaharah Kidam teringin memiliki rumah yang berkonsepkan warisan Penghulu Luak Jempol kawasan itu.

Mengenangkan pengorbanan isterinya memenuhi keinginannya untuk berhijrah ke Australia sejak tahun 1966, kini giliran Yusof pula memenuhi segala keinginan isterinya.

“Bertunjangkan kasih sayang dan ikatan keluarga, saya memenuhi impian isteri untuk membangunkan rumah di tanah seluas 1.6 hektar dengan belanja RM4.5 juta,

“Kediaman ini berkonsepkan Minangkabau dan setiap bilik dinamakan semperna nama arwah datuk dan adik-beradik isteri,” katanya ketika ditemui pemberita tempatan.

Rumah ini sebenarnya mula dibina sejak tahun 2016 dan dinamakan sebagai Astana Az-Zahrah. Ia dilengkapi dengan pejabat, dewan, dan bilik penginapan. Yusof dan Zaharah bertemu di Australia apabila kedua-duanya merupakan penuntut di Macquarie University pada tahun 1964.

Walaupun banyak kes kahwin tak kekal akhir-akhir ini. Tapi sekurang-kurangnya cerita macam ni meyakinkan kita bahawa masih ada perkahwinan yang indah dan berakhir dengan kebahagiaan.

Sumber: Harian Metro

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my