D-Life

Demi Harimau Malaya, 4 penerbangan khas ditambah ke Hanoi!

Oleh  | 

Selamanya, selamanya, selamanya Harimau Malaya!

BERGEMA laungan Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa lalu menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala AFF Suzuki Malaysia menentang Vietnam.

Dengan keputusan 2-2, skuad Harimau Malaya bakal sekali lagi berentap menentang skuad Naga Emas itu di Vietnam bagi menentukan kejuaraan pada Sabtu ini.

Terus membakar semangat Harimau Malaya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mengumumkan pihak penerbangannya menyediakan empat penerbangan tambahan semurah RM449 pergi-balik bagi penyokong Harimau Malaya.

Fernandes membuat pengumuman itu melalui akaun rasmi miliknya disamping mengucapkan penghargaan kepada krew penerbangan yang terpaksa membatalkan cuti untuk mengendalikan penerbangan khas itu.

Jadi, apalagi! Jom mengaum di Hanoi. #webelangtogether

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my