Dhia Glam

Curi perhatian dengan hanya berkasut ‘flat’ seperti ini!

Oleh  | 

KAMU mungkin berpendapat memakai kasut tumit tinggi adalah pelengkap gaya paling meletup dan memberikan kamu persona ketika berjalan.

Ha! Jangan tak tahu, kasut bertapak rata kamu juga dapat memberikan impak yang sama jika kamu bijak memadankannya dengan pakaian kamu. Jadi, apalagi, keluarkan semula kasut kamu itu dan ikuti beberapa idea untuk menggayakannya!

FOTO: popsugar.com

Kalau kamu suka memakai skirt atau gaun ropol bawah lutut, kamu boleh padankan dengan kasut jenis ballet slipper yang padan dengan warna kulit kamu. Ini adalah cara terbaik untuk menampakkan kamu kamu lebih tinggi tanpa perlu memakai heels.

FOTO: popsugar.com

Okay, keluarkan baju ivory basic kamu dari almari dan gayakan dengan kasut tumit rata yang fancy berbanding skamul untuk bertemu kawan-kawan. Voila! Biar mereka ternganga.

FOTO: popsugar.com

Jika kamu memakai blazer tanpa corak, pilihlah kasut yang bercorak. Ia akan memberikan kesan kontras kepada keseluruhan penampilan kamu.

FOTO: popsugar.com

Ha! Untuk kamu yang selalu bereksperimen dengan pakaian yang bewarna-warni. Apa kata kamu lengkapkan gaya kamu dengan kasut loafer bewarna gelap atau hitam.

FOTO: popsugar.com

Jeans dan T-shirt tidak pernah ketinggalan zaman, jadi kamu boleh padankan dengan loafer kesukaan kamu.

Ha, jadi tunggu apalagi. Beri masa untuk kasut tumit tinggi berehat dan tampil ranggi dengan kasut bertapak rata yang sudah berhabuk itu.

 

 

Sumber: Popsugar.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my