D-Life

Dengar sini gadis-gadis ‘plus-size’, korang kena ada ‘mindset’ ini!

Oleh  | 

SETIAP orang berbeza dari segi fizikalnya. Ada yang tinggi, rendah, gempal atau kurus. Kebanyakan orang tak suka apabila diri mereka menjadi perhatian lebih-lebih jika ada yang komen tentang fizikal mereka. Betul tak?

Kadang kala komen korang tu boleh buat orang depresi tau. Tapi, kita tak boleh nak tutup mulut semua orang. Ini apa yang korang boleh buat jika korang seorang yang berbadan gempal atau plus-size.

Bila orang cakap cantik, percaya kata mereka

FOTO : Unsplash

Dhia faham korang akan rasa yang korang tak menepati ciri-ciri bila ada orang cakap yang korang ni cantik. Pedulikan semua tu walaupun susah! Kalau korang berhenti admire gadis-gadis di kulit majalah, percayalah korang akan lebih menghargai diri dan rasa korang ni pun seorang yang cantik. Jangan cari kekurangan diri.

Tak dinafikan, orang zaman sekarang ni pujian mereka mesti berbaur perli. Tapi ada juga orang yang puji dan benar-benar maksudkannya. Kalau ternyata mereka ini sekadar perli, tidak mengapa. Positifkan diri, pandang ke arah mereka dengan senyuman dan katakan terima kasih dengan confident! Silap-silap mereka yang malu sendiri.

Tak perlu over exercise

Banyak orang percaya yang orang yang berbadan gempal ini perlu lakukan senaman sebanyak mungkin untuk buktikan yang mereka benar-benar mahu kurus dan cantik. Ada juga mulut-mulut puaka yang kata orang berbadan gempal ni malas nak exercise. Percayalah, itu hanyalah pemikiran yang mengarut.

Memang betul, senaman dapat memberi kebaikan secara fizikal dan mental. Tapi cukuplah korang lakukan senaman beberapa minit setiap hari untuk kesihatan diri korang bukannya untuk buktikan dekat orang lain. Over exercise pun tak boleh juga, takut boleh memudaratkan korang pula.

Pssst! Ada lelaki sukakan gadis sepertimu

FOTO : Unsplash

Percayalah dalam dunia ni banyak je pasangan mereka berbadan gempal. Baik lelaki mahupun perempuan. Ramai lelaki yang lebih sukakan gadis berbadan gempal berbanding kurus? Hello, dah ada banyak survey yang membuktikan perkara ini tau! Ada juga yang menunjukkan gadis gempal banyak keluar dating dengan lelaki yang fit dan muscular. Lelaki yang macam ni biasanya motivate korang untuk jadi lebih sihat bukannya ubah korang semata-mata untuk kurus dan cantik.

So kalau korang berbadan gempal dan dah ada boyfriend, hargailah dia kerana dia betul-betul pandang korang seadanya bukan disebabkan badan korang. Apapun, jodoh tu kan rahsia.

Teringin berfesyen? Tiada masalah

Siapa kata gempal tak boleh nak berfesyen? Jangan suka-suka nak ada mindset macam ni okey! Pakai je apa-apa yang korang rasa selesa nak pakai. Sebenarnya confident korang memainkan peranan yang penting kalau nak berfesyen. Yela, kalau korang malu dengan diri dan badan korang sampai bila-bila pun korang rasa tersekat untuk berfesyen. Be proud of yourself girls!

FOTO : Unsplash

Cuba korang tengok artis luar negara seperti Adele, Meghan Trainor atau Demi Lovato, mereka ni bangga menjadi diri mereka sendiri. Ada satu ketika designer jenama terkemuka mengatakan kepada Adele, untuk sediakan baju Adele agak sukar kerana saiz badan dia yang tidak seperti artis lain.

Korang tahu tak apa yang Adele cakap? Dia cakap dia akan kurus kalau ia menjejaskan kesihatan dia tapi bukan untuk berfesyen apatah lagi disebabkan pandangan dan kata-kata orang lain. Salute lah! Sekarang pun Dhia tengok dah ada ramai designer mula buat baju-baju plus-sized. So tiada masalah kalau korang teringin berfesyen.

Jadi, korang hanya perlu ambil yang positif dengan semua perkara barulah korang boleh happy dengan diri korang. Dhia harap korang jangan ambil pusing dengan negativiti orang sekeliling okey. You are pretty just the way you are!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my