Serious?!

“Dewi tunggu kalian di syurga” – lelaki ini kongsi kerinduan bikin netizen sebak

Oleh  | 

AJAL dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Itulah ayat yang mampu diungkapkan ketika seorang jejaka memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun @tunfairuz yang mengundang perhatian netizen.

Dengan kapsyen singkat berbunyi:

‘Through thick and thin’

FOTO:twitter.com/tunfairuz

Ada yang menyangka ia adalah gambar tentang kemanisan alam perkahwinan seperti yang dimuat naik kebanyakan orang.

Namun, setelah melihat kesemua gambar ini, ramai yang terkejut menyaksikan gambar terakhir yang dimuat naik Tun Fairuz di sebuah tapak perkuburan anaknya sekali gus mengundang sebak netizen.

Tuhan lebih menyayangi

FOTO:twitter.com/tunfairuz

Menerusi twitter Tun Fairuz, dia sempat berkongsi cerita dan kerinduannya menjaga anaknya yang bernama Dewi Faleesya. Namun, sudah ketentuan Illahi, ajal telah menjemput Dewi terlebih dahulu akibat tersedak susu.

Netizen ucap takziah

Tun dan isterinya bagaimanapun tidak keseorangan menjalani ujian yang berat ini. Berikut adalah antara kata-kata semangat yang diberikan netizen agar pasangan itu sentiasa dibekalkan ketabahan oleh Yang Maha Kuasa.

FOTO:twitter.com/tunfairuz

Doakan adik Dewi

Terharu dengan ucapan yang diterima, Tun Fairuz sempat mengucapkan terima kasih dan berharap agar netizen mendoakan kesejahteraan anak keduanya yang bakal dilahirkan bulan 8 ini.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my