Sayang Dhia

Dhia Confession: Berapa RM lelaki kena ada sebelum nak jadikan kita isteri?

Oleh  | 

MENURUT pakar perhubungan Lex DePraxis, sebenarnya sangat normal bagi seorang perempuan untuk menetapkan beberapa kriteria untuk calon pasangannya.

Setiap orang sepatutnya mempunyai kriteria lelaki idaman masing-masing. Menurut Lex, perempuan yang tidak mempunyai kriteria tertentu dan hanya menerima sesiapa sahaja dalam hidup menunjukkan dia seorang yang keliru.

“Kalau kita nak mencari pasangan hidup dan menjalinkan sebuah hubungan yang serius, kita pasti akan cari yang paling terbaik,” terang Lex.

Menerusi Instagram Story @theDhiamy ,sempat jugalah Dhia bertanya pandangan kawan-kawan tentang pendapat mereka mengenai kriteria lelaki pilihan mereka.

Rata-rata berpendapat kriteria yang selalu menjadi pertimbangan perempuan ialah rupa paras dan juga kewangan lelaki jika hendak dijadikan suami.

Gaji dan gaji

via GIPHY

Seorang follower menerusi akaun @dhirah_razali berpendapat:

“Tengok juga gaji dia. Tapi bila dia dah ada usaha nak berjaya, tak kisah. Asalkan dia berubah untuk jadi lebih baik.”

Kalau seorang perempuan mementingkan gaji seorang lelaki, janganlah pula terus judge dia gold digger. Bukan apa, dengan membincangkan tentang kewangan, kita akan lebih realistik untuk memilih gaya hidup yang sesuai dengan kewangan masing-masing. Cinta sahaja tak boleh beli ikan dekat pasar, sis. Tolonglah realistik.

Mungkin korang aim akan tinggal di bandar. Korang nak tinggal di rumah kondominium dalam sebuah kawasan elit dan pergi melancong ke luar negara setiap bulan. Jadi tak mungkin dengan gaji yang hanya RM 2,000 membolehkan korang memiliki expectation untuk memiliki gaya hidup sebegitu.

via GIPHY

Mencari orang yang tepat untuk dijadikan pasangan bukanlah sesuatu yang mudah. Ada banyak benda yang perlu dipertimbangkan.

Pertama, keperluan yang spesifik. Hanya kita yang mengenali diri kita sendiri. Maka, hanya kita sahajalah yang mengerti apakah ciri-ciri lelaki yang boleh bertahan dan sabar dengan perangai kita untuk saling melengkapi.

via GIPHY

Contohnya seperti @fie_ruslan, dia menginginkan seorang lelaki yang boleh menjaganya dan prihatin.

Kita tidak boleh menggunakan ayat “tak kisah, aku terima je siapa yang datang. Mungkin itu jodoh aku.” Berfikiran sebegitu ibarat korang memandang enteng soal perkahwinan dan ia juga boleh menjadi salah satu punca perkahwinan tidak bertahan lama.

Tiada siapa yang ingin gagal dalam perkahwinan. Tak ada satu perempuan pun yang inginkan kisah percintaannya berakhir dalam masa yang singkat.

Jadi, fikir-fikirkanlah. Carilah  lelaki yang terbaik untuk kita. Ingat, wajah mungkin berubah, tapi tidak hati seseorang.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my