Serious?!

Di Matamu versi AJL 33 cecah tontonan sejuta dalam masa kurang sehari!

Oleh  | 

PENANGAN Persembahan Terbaik di malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke 33 malam tadi bukan biasa-biasa.

Mana tidaknya, lagu nyanyian Sufian Suhaimi itu berjaya meraih satu juta tontonan beberapa jam selepas ia dimuat naik menerusi channel Youtube TV3 Malaysia.

Video berdurasi kira-kira enam minit telah menjadi persembahan yang paling banyak dicari dan trending nombor satu di Youtube.

Rata-rata netizen memuji nyanyian jejaka berumur 27 tahun itu yang begitu beremosi dengan iringan persembahan pentas yang cukup kemas dan bermakna dalam menghuraikan makna lagu Di Matamu.

FOTO: Youtube TV3 Malaysia

 

Prop yang mengiringi persembahan Sufian terutamanya pelamin seakan-akan majlis perkahwinan bekas tunangnya iaitu Elfira Loy telah menjadi viral sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

BACA: AJL33: Sufian buktikan cinta tak kesampaian bukan pengakhiran 

Sebelum ini, muzik video Di Matamu ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen itu telah berjaya meraih jumlah tontonan sebanyak 50 juta tontonan di Youtube seterusnya mengalahkan rekod terdahulu yang dipegang oleh penyanyi Aiman Tino bertajuk Ku Rela Dibenci.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my