Serious?!

Di sini punca bermulanya penyebaran Coronavirus

Oleh  | 

BERPUNCA apabila semuanya bermula di sebuah majlis kenduri kahwin dan tahlil pada 15 Mac di Bandar Baru Ibrahim Majid.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh seorang penduduk Kampung Datuk Ibrahim Majid yang bernama Roslizam Mostajab dalam menceritakan detik permulaan penyebaran wabak COVID-19.

Pada mulanya, dua orang yang berjaya dikesan positif dalam wabak itu dan menular sehingga menyebabkan enam kampung yang lain turut terjejas.

lebih kurang 3,570 penduduk kampung diarahkan untuk berkurung dalam kediaman masing-masing bermula tengah malam tadi melalui Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat atau PKPD.

Kampung Ibrahim yang terlelak lebih kurang 1.5 kilometer daripada Bandar Baru Ibrahim Majid adalah merupakan laluan utama ke beberapa kampung yang lain.

Penularan wabak itu berlaku terlalu pantas dan menyebabkan kes positif coronavirus terus meningkat dalam jangka masa yang singkat.

Dalam pada masa yang sama, jumlah kes positfi akan dijangka meningkat dalam dalam beberapa hari bagi usaha memutuskan rangkaian ini.

Roslizam meminta penduduk kampung untuk memberikan kerjasama yang sebaik dan sejujurnya kerana apa yang telah terjadi adalah berpunca daripada kecuaian sendiri menangani wabak ini.

Bekalan makanan asas menjadi satu kebimbangan apabila tindakan PKPD diumumkan secara mengejut dan menyebabkan sebahagian penduduk tidak sempat melakukan sebarang persediaan.

Pihak kerajaan diharap untuk mengambil langkah sewajarnya dalam membantu penduduk yang terjejas dalam tempoh 14 hari PKPD ini.

Antara kampung yang terjejas adalah Kampung Parit Salman, Parit Kasmani, Parit Takibek, Lorong Perdana, Taman Surau dan Jalan Benut.

Sumber:Berita Harian

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my