Serious?!

Dia hanya berpindah alam, tak berkurang kasih sayang

Oleh  | 

Malaysia menjadi lebih sugul.

Berita pemergian chef selebriti media sosial Mohamad Adam Ismail atau Adamdidam beberapa hari lalu ternyata mengejutkan banyak pihak dan masih diperkatakan warganet.

Kita kehilangan tempat rujukan menu-menu baharu lelaki itu di Instagram. Tapi di satu sudut dunia yang lain, kanak-kanak kecil bernama Fatimah, Mukhtar, dan Ali sebenarnya telah kehilangan seorang bapa saudara yang sangat menyayanginya.

Jika korang mengikuti secara dekat kehidupan Adamdidam. Pasti korang sudah tahu bagaimana eratnya hubungan kasih sayang antara Adam dan anak saudaranya.

Anak buahnya yang menetap di United Kingdom mungkin masih terlalu awal untuk memahami semua ini. Tapi sudah pasti suatu hari nanti dia akan bertanya di manakah lelaki yang dipanggil Mamajee itu? Mengapa dia tidak menelefon, datang berziarah atau bawakan makanan yang sedap-sedap untuk dirinya di United Kingdom?

Nilai cinta dan kekeluargaan yang ditunjukkan Adam kepada keluarganya ternyata begitu besar. Ramai yang tersentuh jika melihat kembali video yang dimuatnaik Adam menunjukkan keakraban mereka sekeluarga. Hubungan mereka begitu rapat, indah, sehingga orang luar pun boleh merasainya.

Sebab tulah ketika berita pemergian arwah berlegar-legar diperkatakan. Bukanlah menu masakan yang menjadi perkara pertama difikirkan masyarakat Malaysia. Tapi warganet terus bertanya, bagaimana agaknya perasaan Fatimah dan adik-beradiknya di United Kingdom kerana hubungan mereka dirasakan begitu istimewa.

Namun tiada siapa yang boleh menyangkal kehendak Tuhan. Ternyata hayat dan jodoh Mamajee mereka tidak panjang di dunia. Apapun, pemergian Adam hanyalah sekadar perpindahan alam. Cinta dan kasih sayangnya kepada Fatimah, Ali dan Mukhtar akan selalu ada. Kanak-kanak ini akan membesar dalam kenangan baik mereka bersama seorang lelaki bernama Adamdidam.

Al Fatihah.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my