DhiaLova

Dia tak cintakan korang bila…

Oleh  | 

PERNAH tak korang berada di dalam situasi tertanya-tanya apakah sebenarnya status perhubungan korang dengan si dia? Korang mula rasa ada yang tak kena. ‘Spark’ dalam perhubungan korang sudah makin hilang.

Bermacam cara telah korang lakukan untuk menyelamatkan perhubungan yang telah dibina. Namun, tiada apa yang berubah. Jangan biarkan korang terus ‘makan hati’. Tak ada faedahnya jika kita terus terperangkap dalam angan-angan dan ‘denial‘ bahawa perhubungan korang akan baik sahaja padahal it’s not okay at all. Jika kekasih korang melakukan beberapa perkara ini, ketahuilah bahawaΒ  dia sebenarnya tak cintakan korang lagi.

Senyap je

Dia pergi ke satu tempat selama beberapa bulan. Dia punyalah menyepi lama gila tanpa khabar berita. Oleh sebab korang baik, korang masih anggap dia sibuk. Hello, kalau telefon tanya khabar atau mesej takkan tak boleh untuk orang yang kita sayang? Bukannya ambik masa sampai 5 jam pun untuk buat semua itu. Kalau lepas 7 bulan baru dia nak cari korang tanpa rasa bersalah. Ketahuilah bahawa sebenarnya dia bukan ikhlas sangat nak korang hadir dalam hidup dia. Dia mesej semata-mata nak tahu adakah dia masih ada tempat dalam hidup korang. Tu je.

via GIPHY

Dia mulakan perbualan, lepas tu hilang

Ni pun jenis nak kena maki. Dia yang mulakan perbualan, lepas tu dia yang hilang.Β  Korang mungkin fikir bateri dia mati, atau dia tengah ada kerja kena siapkan segera. Tapi kalau dah setiap kali mesej macam tu je perangai dia. Kita tak boleh nak berbaik sangka sangat. Dia buat macam tu sebab saja nak bagi korang teringat dan terkejar dekat dia. Padahal dia bukan beriya sangat nak mesej pun.

Dia cuma nak title relationship, bukan nak cinta korang

Tiba-tiba dia nak berkawan sahaja dengan korang tapi pada masa yang sama dia sibuk goda orang lain. Korang mungkin rasa dia ni sebenarnya ada perasaan dekat korang. ‘Oh, mungkin dia nak jadi kawan dulu sebelum betul-betul bersedia ke status perhubungan yang seterusnya’,

Padahal, dia sebenarnya tahu yang korang ada hati pada dia. Tapi sebab dia yakin yang dia akan bosan dengan korang untuk masa mendatang, apalagi, dia pun layan je la semua dan bagi harapan dekat semua orang. Korang pun berharap je la nak dapat kasih sayang dia yang suam suam kuku tu. Sedih!

via GIPHY

Dia tak pernah kenalkan korang dekat kawan-kawan atau keluarga

Kalau seseorang itu istimewa, kita mestilah akan kenalkan dia pada orang terdekat kita. Tapi si dia tak buat pula macam tu. Korang mesti fikir ‘oh, tak apa la. Dia tak bersedia lagi ‘atau ‘mungkin dia nak jaga hati aku sebab keluarga dia mungkin akan berkasar dengan aku’. Padahal itu petanda dia tak nak keluarga dia tahu yang korang memiliki perhubungan yang istimewa.

via GIPHY

Tak bincang masa depan

Bila kita sayang seseorang, mestilah kita bayangkan untuk hidup dengannya sampai bila-bila. Tapi, bila tiap kali korang nak bincang tentang masa depan. Dia mulalah pusing sini sana dan cakap “Entahlah”,

Sebenarnya dia tak rasa benda yang sama dengan korang. Dia suka perhubungan macam sekarang ni sebab tu malas nak bincang details sangat sampai ke masa depan. Pesanan sis, ketahuilah yang diri korang tu istimewa dan jangan biarkan lelaki permainkan kita sampai macam ni. Kalau seorang lelaki buat kita makin membenci diri sendiri, ketahuilah bahawa ia bukanlah cinta sejati.

Sebenarnya mungkin ada lagi benda yang lelaki buat menandakan dia tak suka kita. Cuba korang kongsikan dekat komen bawah ni.

4 Comments

  1. Ikmal

    9 September 2019 at 3:50 pm

    Aku baru lalui semua bnde ni . selama ni aku selalu memahami dia selama 5 tahun. Bila dia balas lambat aku anggap dia busy buat kerja . setiap malam dulu selalu call,tpi skarang dia taknak call aku and bile aku call,dia tgh call org lain. Aku pon tanye laa tgh call siapa? Dia kata kawan. So aku faham and positive laa kan . selang berapa hari kawan aku bagitahu . kawan punya kawan dah ada gf baru . kawan aku tanye lah siapa gf kau? Kwn aku pon tgok la gambar gf baru mmber dia . rupanya awek aku ni. bila bincang balik aku dah rasa tawar hati sangat . dua kali dia curang dgn aku, dua kali jugak jantan tu chat awek aku yg dulu .

    • Wafa Aula

      3 October 2019 at 12:10 pm

      Sedihnya bila kita sayang seseorang, tapi dia buat macam itu dengan kita. It’s okay awak. Kami bersama awak!

  2. Shar

    10 September 2019 at 9:14 am

    Btul tu sis,kalau debut je bnda yg dia x suka cpt nk panas baran…Kita tnye je…pastu terus dia beberape ari.emm Sy nie hnye berserah pd allh…Sy ease maybe jodoh Sy ade di akhirat nnti.πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”

    • Wafa Aula

      3 October 2019 at 12:09 pm

      Semoga awak diberi seseorang yang lebih baik dan pandai menghargai kita

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my